Tuesday, August 3, 2010

LPT2 dijangka siap Jun 2012


SHAZIMAN (tiga dari kiri) mendengar penerangan Judin (tiga dari kanan) sambil diperhatikan Mohd. Sidek (kiri sekali) ketika melawat projek LPT2 di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang menghubungkan Jabur, Pahang dengan Gemuruh dekat sini dijangka siap dan boleh digunakan sepenuhnya pada Jun 2012.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pembinaan lebuh raya sejauh 184 kilometer (km) membabitkan kos kira-kira RM4 bilion itu kini sudah siap 70 peratus dan beberapa laluan boleh digunakan pada penghujung tahun ini.

Menurutnya, laluan dari Bukit Payung ke Gemuruh bakal dibuka penghujung tahun ini sebelum pembukaan laluan kedua membabitkan Bukit Besi ke Gemuruh pada Jun tahun depan.

"Kita jangka keseluruhan projek ini akan siap sepenuhnya pada Jun 2012.

"Kita juga minta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) lakukan sesuatu bagi memastikan projek ini siap dalam tempoh tersebut dan tidak berlaku kelewatan," katanya selepas mengadakan Lawatan Kerja Bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan ke Projek LPT2 di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: