
GAMBAR menunjukkan sebuah kereta dan kedai yang musnah akibat tindakan Li Xianliang kelmarin.
BEIJING - Seekor lelaki yang mabuk, Li Xianliang mengamuk semasa memandu sebuah jentera penyodok di utara China menyebabkan beberapa kedai dan kenderaan rosak manakala 11 orang terbunuh, kata seorang jurucakap pemerintah semalam.
Kejadian bermula apabila lelaki itu membunuh seorang pelanggan kelmarin di depot arang batu Hongyuan di wilayah Hebei.
Lelaki itu kemudian memandu jentera penyodok tersebut dalam keadaan mabuk ke sebatang jalan raya berdekatan dan merosakkan sejumlah kereta, bas, motosikal, trak dan kedai.
Xianliang telah ditahan dan akan dikenakan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: