
BANDAR RAYA MEXICO - Sejumlah ikan paus akan mendekati bot pelancong dan meminta lidah haiwan itu disentuh di Lagun San Ignacio di Mexico, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan-ikan paus sepanjang 13.71 meter kini menjadi jinak selepas nelayan tempatan tidak lagi memburu haiwan itu selepas jumlahnya semakin berkurangan.
Pengacara televisyen dan seorang ahli zoologi, Mark Carwardine berumur 51 tahun berkata, tujuh puluh tahun lalu ikan-ikan itu menyerang bot nelayan kerana haiwan tersebut diburu untuk makanan.
"Ikan-ikan itu akan menggunakan ekor untuk memecahkan bot dan melompat ke atas nelayan menyebabkan haiwan tersebut dilabelkan sebagai ikan syaitan," katanya.
Sejak tahun 1930-an, ikan itu menjadi spesies dilindungi kerana bimbang ia akan pupus.
Carwardine berkata, kini haiwan itu tidak lagi menjadi satu ancaman dan menjadi ikan paus paling mesra dengan manusia.
"Ikan-ikan itu akan muncul dari permukaan laut ke bot-bot kecil yang sepanjang beberapa meter dan ia meletakkan dagu di tepi bot untuk digeletek dan disentuh," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: