Friday, August 20, 2010

Lebih banyak pusat siber status MSC


BADLISHAM (dua dari kiri) diberi penerangan mengenai teknologi multimedia di GTower Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) merancang menjadikan dua lagi bangunan di Lembah Klang berstatus Pusat Siber MSC Malaysia menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Badlisham Ghazali.

"Itulah matlamat kami. Kami membuat penilaian berterusan ke atas lebih banyak bangunan," katanya kepada pemberita selepas penyampaian status Pusat Siber MSC Malaysia kepada GTower yang disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili di sini semalam.

Menurut Badlisham, kerajaan komited mewujudkan pusat siber dan bandar siber bagi memastikan pembangunan dan manfaat MSC Malaysia diperluaskan kepada komuniti perniagaan.

Tambahnya, pusat-pusat siber MSC akan terus dibangunkan pada masa depan bagi memenuhi permintaan industri dan kesediaan tapak-tapak berpotensi.

Beliau berkata, setiap bandar siber dan pusat siber MSC Malaysia yang mempunyai kekuatan unik dan khususnya yang tersendiri akan dihubungkan untuk membentuk rangkaian bersinergi komuniti bestari dalam negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: