
LONDON - Dua orang peminat bola sepak mencipta rekod tersendiri apabila mereka melawat semua 20 stadium yang menjadi tempat perlawanan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) hanya dalam tempoh 14 jam, lapor sebuah akhbar semalam.
Lawatan kedua-dua peminat itu, Paul Cox dan Luis Felipe bermula dari stadium pasukan kelab Tottenham Hotspur di utara London pada pukul 9.35 malam pada 8 Ogos lalu.
Pada pukul 11.38 pagi 9 Ogos lepas, mereka menamatkan lawatan di Stadium St. James yang menjadi milik kelab bola sepak Newcastle United.
Mereka melawat semua stadium itu dengan menaiki kereta dengan jarak perjalanan 915 kilometer.
"Kami berhenti di setiap stadium selama beberapa minit untuk merakam gambar dan terus memecut ke stadium yang lain," kata Cox, 31, yang merupakan seorang guru matematik di Burton, Staffordshire.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: