Wednesday, August 18, 2010

Klip anggota polis menari jadi popular


SEORANG anak perempuan sarjan polis pelancongan (kanan) mengajar anggota-anggota polis menari di Chiang Mai kelmarin.


BANGKOK - Sekumpulan anggota polis pelancongan lelaki Thailand yang menari tarian jaz dan menggoyangkan pinggul telah menjadi sensasi di laman YouTube di Internet.

Klip video tersebut dimuat naik pada 5 Ogos lalu dan ia sudah dilihat lebih 280,000 kali sehingga semalam.

"Kami tidak pernah menyangka ia (klip video tersebut) akan mencetuskan sensasi," kata seorang pegawai polis, Leftenan Kolonel Tanakorn Doltanakan.

Tarian mereka yang berkonsepkan jenaka menampilkan Tanakorn dan lapan anggota polis lain menari selama lima minit.

Mereka meniru aksi band dari Korea Selatan, Super Junior dalam klip video lagu yang berjudul Sorry Sorry.

Pereka tarian ialah seorang remaja berumur 14 tahun yang merupakan anak perempuan seorang sarjan unit polis pelancongan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: