
NEW YORK - Lapan pelanggan sebuah restoran di sini ditembak awal kelmarin termasuk seorang lelaki yang pulang bagi menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya kelmarin, kata Ketua Detektif Polis, Dennis Richards.
Kejadian bermula apabila pengurus premis itu bertindak untuk menutup restoran City Grill di daerah perniagaan di Buffalo, di sini.
Ketika itu, seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai Keith Johnson, 25, dipercayai melepaskan tembakan di dalam restoran menyebabkan empat daripada lapan mangsa cedera parah sebelum dia berjaya diberkas oleh anggota polis.
Namun, Pendakwa Raya Daerah Erie, Frank Sedita memberitahu, pihaknya mungkin menggugurkan tuduhan selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup dan kenyataan saksi yang menunjukkan suspek sebenar kes itu bukan Johnson.
"Kami menerima petunjuk kedua dan belum lagi menahan suspek yang melepaskan tembakan," kata Sedita kepada akhbar Buffalo News bagi merujuk laporan polis yang turut tidak mengetahui sama ada Johnson terlibat dalam kes itu.
Pesuruhjaya Polis New York, Daniel Derenda kemudian membuat kenyataan merayu supaya saksi-saksi tampil untuk membantu kerana dianggarkan 100 pelanggan berada di restoran itu bagi meraikan pasangan Danyell Mackin dan Tanisha.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: