Thursday, August 5, 2010

Lady Gaga dipilih individu berpakaian terbaik


LADY GAGA


NEW YORK - Penyanyi pop Lady Gaga, Carla Bruni yang merupakan isteri Presiden Perancis dan aktor Sepanyol, Javier Bardem dipilih majalah fesyen popular Vanity Fair sebagai antara individu berpakaian terbaik di dunia.

Dalam edisi September, majalah Vanity Fair yang berada di pasaran kelmarin turut menamakan aktres Diane Kruger dan Carey Mulligan, anggota keluarga diraja Denmark, Puteri Maria serta Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Lady Michelle Obama dalam senarainya.

Senarai itu mengandungi 45 individu berpakaian paling terbaik di dunia.

Turut tersenarai ialah Samantha Cameron yang merupakan isteri Perdana Menteri Britain, penggiat filem, Martin Scorcese, pembaca berita stesen televisyen NBC, Brian Williams dan Duchess of Alba.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: