![]() |
| GAMBAR fail menunjukkan kapal tangki M. Star. |
DUBAI – Satu kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan pengganas Al-Qaeda semalam mengakui seorang pengebom berani mati melakukan serangan misteri ke atas kapal tangki milik Jepun, M.Star yang berlaku di Selat Hormuz tetapi para penganalisis meragui dakwaan tersebut.
Krew kapal M.Star melaporkan satu letupan berlaku selepas tengah malam pada Rabu minggu lalu.
Letupan itu mencederakan seorang mangsa namun tidak mengakibatkan kebocoran minyak atau gangguan pelayaran.
Insiden itu menimbulkan pelbagai spekulasi seperti kewujudan ombak aneh dan pelanggaran dengan kapal selam nuklear milik Amerika Syarikat (AS).
Dakwaan serangan itu dibuat oleh kumpulan Briged Abdullah Azzam.
Dakwaan itu turut dibuktikan di sebuah laman web yang menunjukkan sekeping gambar yang dikatakan seorang pengebom berani mati.
“Ayyub al-Taishan yang mahu mati syahid meletupkan dirinya di atas kapal tangki Jepun, M.Star,” kata kenyataan itu di laman tersebut.
Perkembangan itu seperti membuktikan kebenaran dakwaan pemilik M.Star yang menyatakan kapal tangki tersebut diserang oleh pengganas.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: