Wednesday, August 4, 2010

Kesihatan Dan Kecantikan Perlu Seiring - Syafinaz

Itulah petua artis jelita, Syafinaz Selamat untuk kekal menawan sepanjang masa. Baginya adalah lumrah setiap wanita ingin kelihatan cantik, namun faktor kesihatan haruslah dititikberatkan bersama.

"Ramai wanita yang sanggup melabur wang yang banyak untuk kecantikan, namun dalam setiap produk yang digunakan, kita harus mengambil kira bahan yang digunakan agar tidak membahayakan kesihatan.

"Selalunya saya tak diet dan masih makan nasi, cuma dalam kuantiti yang sedikit. Dan untuk kekalkan berat badan, saya akan peruntukkan masa seminggu hanya untuk makan sayuran saja.

"Sebagai selebriti, penampilan sangat penting dan saya akan pastikan mekap dimuka telah dibersihkan. Waktu kerja sangat padat namun saya tetap harus tampil menarik. Oleh itu, saya gunakan produk kecantikan Shiseido kerana bahannya diperbuat daripada bahan semulajadi dan pastinya selamat untuk kulit.

"Biasanya setiap bulan saya akan belanjakan lebih RM1,000 untuk produk penjagaan muka dan badan. Saya obses dengan produk kecantikan namun saya tetap setia dengan satu produk sahaja," ujar jurucakap produk Shiseido ini.

Masih Memilih Teman Istimewa


Masih selesa bersendirian, menurut Syafinaz sendiri, dia masih tidak nampak ke manakah arah apabila disoal berkaitan jodoh. Baginya kesibukan kerja mengekang masa bersosial bersama teman-teman, apatah lagi untuk meluangkan masa mencari yang istimewa.

"Kawan memang ramai tapi nak ada yang special, susah sikit. Saya terlampau sibuk bekerja sehingga kadang kala tak ada masa bersosial.

"Masa untuk berehat pun tak ada, macam mana saya ada masa untuk cari jodoh. Saya tak cerewet sangat tapi masih ada kriteria yang perlu ada pada seseorang untuk menjadi pasangan saya. Mestilah kita mahukan yang terbaik untuk diri.

"Saya sukakan lelaki yang pandai jaga kebersihan diri dan tak mahulah lelaki yang suka membangga diri, macam dia seorang sahaja yang hebat," ujarnya yang bakal muncul dengan album baru selepas raya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: