SURUHANJAYA Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara Malaysia dan Bursa Malaysia
memperkenalkan kemudahan Pembayaran Saham Elektronik (e-Share) bagi urus niaga saham, sekali gus menyegerakan urusan mengutip dan mendeposit cek ke dalam akaun pelabur. Pengawal atur pasaran modal dan kewangan negara itu dalam satu kenyataan bersama semalam berkata, sistem berkonsepkan e-pembayaran itu juga dapat menangani beberapa isu seperti salah letak, hilang atau cek tamat tempoh dalam sebagainya. Katanya, inisiatif yang dilaksanakan secara bersama oleh SC, Bank Negara, Bursa Malaysia, Persatuan Syarikat Broker Malaysia, Persatuan Bank Malaysia dan Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia itu, disediakan secara percuma oleh semua broker saham. “Dengan e-Share, hasil jualan saham kini boleh dibayar secara terus oleh broker saham ke akaun bank pelabur. Pelabur akan menikmati akses lebih pantas kepada dana susulan hasil jualan itu dimasukkan ke dalam akaun mereka pada hari sama.
“Untuk membeli saham pula, pelabur boleh memulakan bayaran kepada broker saham menerusi saluran elektronik atau mereka boleh memilih menjimatkan masa dan menikmati keselesaan menggunakan autodebit daripada akaun bank mereka secara terus,” kata kenyataan itu.
Berserta inisiatif e-Dividen dilancarkan pada April lalu, maka inisiatif pembayaran e-Share itu menandakan satu lagi usaha ke arah meningkatkan kecekapan dalam sistem pembayaran dan penjelasan dalam pasaran modal seperti diumumkan dalam Bajet 2010, katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: