Friday, August 27, 2010

Kasturi Roaster menu terbaru RasaMas


AZIZAH dan Rafiq Moosa (kanan) menunjukkan dua menu terbaru RasaMas pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Penggemar sajian ayam panggang kini boleh menikmati satu lagi menu terbaru RasaMas Holdings Sdn. Bhd. (RasaMas), iaitu Kasturi Roaster yang bersesuaian untuk hidangan ketika berbuka puasa di dalam bulan Ramadan dan juga jamuan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menu yang mampu menjadi pilihan seisi keluarga itu dihasilkan menggunakan resipi ciptaan sendiri yang diadun bagi memenuhi cita rasa rakyat negara ini, kata Pengarah Pengeluaran Tenusu/Makanan Bersepadu KFC (M) Bhd. (KFC), Azizah Abdul Rahman.

"Hidangan ayam panggang baru yang beraroma ini, sungguh lazat dan ia berperisa manis serta pedas," katanya pada majlis pelancaran hidangan terbaru RasaMas di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Urusan Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd., Rafiq Moosa.

RasaMas ialah salah satu anggota KFC yang kini mengendalikan 41 cawangan di Malaysia dan Brunei.

"Turut dihidangkan bersama Kasturi Roaster ialah nasi briyani, jus selasih roselle dan SateMas untuk melengkapkan lagi sajian ayam panggang tersebut.

"SateMas pula merupakan satu lagi produk terbaru RasaMas yang diperbuat daripada ketulan daging ayam yang diperap dengan menggunakan rempah ratus asli serta dipanggang dengan sempurna," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: