![]() |
| BERNIAGA menerusi online memberi pulangan lumayan kepada kumpulan anak muda ini. |
Paparan produk dibuat
Bagi Nurhafiza paparan produk terbaru dibuat setiap Isnin. Kebiasaannya gambar-gambar aksesori terkini dimuatnaik pada setiap Ahad malam. Manakala Atikah pula mengemaskini paparan tudung terbaru mengikut tarikh stok baru sampai.
Membuat pesanan
Nurhafiza yang berurusan menerusi facebook hanya memaklumkan harga barangan menerusi pesanan peribadi. Pelanggan pertama yang membuat pengesahan bersetuju akan diberi keutamaan (tertakluk kepada jumlah barangan yang ada). Barangan yang telah dibayar pelanggan akan ditandakan SOLD OUT.
Atikah pula menyediakan borang pesanan di laman webnya. Pelanggan perlu mengisi segala maklumat dan e-mel borang yang lengkap kepada Atika. E-mel akan dijawab dalam tempoh 48 jam.
Pembayaran
Nurhafiza dan Atikah menetapkan bayaran penuh dibayar menerusi online. Kedua-duanya memilih berurusan dengan Maybank dan CIMB. Nurhafiza menyemak akaun setiap kali diberitahu pelanggan bayaran telah dibuat.
Atikah mensyaratkan slip bayaran die-mel kepadanya.
Penghantaran barang
Selepas pembayaran disahkan, barangan dihantar kepada pelangggan menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Nurhafiza akan membuat penghantaran sebaik wang dimasukkan. Manakala Atikah yang sering menerima tempahan secara pukal pula mengambil sedikit masa untuk memastikanbarangan sampai kepada pelanggan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: