ASHRAF ketika memberi penerangan kepada peserta program Acting Saved My Life.
Namun, bagi Ashraf, dia tidak percaya bahawa video yang sedang hangat diperkatakan itu benar-benar wujud. Tegasnya yang ditemui selepas dia mengendalikan bengkel Acting Saved My Life anjuran syarikat SinclairFalak Sdn Bhd petang Sabtu lalu, dia yakin BCL tidak terbabit dalam gejala tidak bermoral itu.Bahkan berita itu disifatkan sebagai melucukan kerana antara BCL dan Ariel Peterpan, tidak pernah ada sebarang hubungan intim pun.Sambil menganggap segala yang berlaku itu sebagai satu dugaan dan asam garam seorang anak seni, Ashraf berkata, mereka memang telus dalam hubungan dan disebabkan itulah mereka tidak pernah menaruh syak wasangka antara satu sama lain.
Tegas pelakon ini, semua perkara yang berlaku sebelum mereka diijabkabulkan, baginya adalah sesuatu yang tidak perlu dikenang demi memelihara hubungan mereka berdua.
Hip: Sebagai suami tentunya ramai yang ingin tahu, apakah perasaan Ashraf apabila ada yang mendakwa apabila BCL mempunyai video porno yang membabitkan dirinya dengan Ariel Peterpan seperti yang dihebohkan sebelum ini.
Ashraf: Kami suami isteri sebenarnya sudah berbincang mengenai hal ini dan selepas mendengar cerita Bunga, antara Ariel dan Bunga, memang tidak pernah ada hubungan intim. Mereka digosipkan hanya kerana mereka pernah berduet untuk sebuah lagu. Lagipun saya juga mengenali Ariel dan dia juga sahabat saya. Perkara itu tidak benar sama sekali. Orang ramai boleh berkata apa saja tetapi di mana buktinya jika mereka benar mengatakan sedemikian. Perkara yang tidak dapat dibuktikan maknanya semua itu hanyalah sekadar gosip semata-mata dan disebabkan itulah kami tidak mahu memikirkan perkara itu terlalu serius.
Hip: Sejujurnya adakah Ashraf meragui Bunga sebaik saja perkara ini tersebar?
Ashraf: Saya tidak pernah meragui dia. Malah antara kami tidak pernah ada rahsia. Sebelum kami bernikah, kami sudah saling mengetahui tentang diri masing-masing. Tiada apa-apa yang disembunyikan. Saya percaya dia tidak terbabit langsung dengan video yang diperkatakan itu. Apapun, sebagai suami saya tetap berdiri teguh dibelakangnya. Biarlah pihak berkuasa saja yang menyiasat perkara ini
Hip: Bagaimana kamu berdua menangani isu seperti ini? Pastinya ada tekanan memandangkan ketika ini BCL hamil.
Ashraf: Pada mulanya mendapat tahu mengenai cerita ini, kami memang terkejut. Tetapi apabila mengenang kembali kebenaran di sebalik cerita, kami anggap itu perkara lucu. Terus-terang, perkara ini sedikit pun tidak memberi tekanan kepada kami. Malah Bunga juga cukup tenang berdepan dengan situasi yang cukup mencabar ini. Pada saya itu adalah hakikat yang terpaksa kami hadapi apabila memilih untuk menjadi anak seni. Lagipun saya anggap cerita seperti ini sedikit sebanyak mampu menaikkan lagi nama kami dalam industri ini.
Hip: Bagaimana dengan tahap populariti Ashraf di sana? Apakah sudah mampu berdiri sama tinggi dengan pelakon lain?
Ashraf: Boleh dikatakan saya memang dikenali di sana dan sering juga mendapat tawaran berlakon, cuma saya tak boleh menerima banyak tawaran dalam satu-satu masa. Bimbang Bagaimanapun, langkah saya masih lagi jauh untuk mencapai tahap yang diidamkan. Untuk itu saya harus bekerja keras memandangkan corak kerja di sini, tak sama dengan Malaysia. Boleh dikatakan, hari-hari kena berada di lokasi untuk menyiapkan drama bertajuk Sejuta Cinta Marshanda (SCM) yang kini sedang disiarkan di sana (Indonesia). Pun begitu, walau sesibuk manapun, saya tetap akan meluangkan masa bersama isteri saya. Selalunya bila hujung minggu, pengurus saya akan memastikan saya bebas dari sebarang penggambaran.
Hip: Ashraf khabarnya mengendalikan bengkel lakonan khusus untuk mereka yang berminat dalam bidang ini. Sudah cukupkah ilmu di dada untuk mengajar orang lain?
Ashraf: Sebenarnya syarikat SinclairFalak Sdn Bhd hanya ditubuhkan sejak dua tahun lalu. Dengan pengalaman 13 tahun sebagai pelakon serta pernah menjadi perunding imej, saya rasa saya sudah mampu untuk berkongsi ilmu dengan peserta program Acting Saved My Life ini. Ditambah dengan pengalaman yang saya timba di Jakarta, jadi saya rasa tak salah kalau saya nak perturunkan ilmu pengetahuan yang saya ada untuk mereka praktikkan di sini. Bukan saja program lakonan tetapi kami turut mengajar teknik pengucapan awam yang saya rasakan penting untuk dikuasai semua orang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: