DENGAN hanya mencarum 14 sen sehari semua pelanggan Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat) berpeluang mendapatkan pelan perlindungan kemalangan daripada Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) dikenali sebagai Takaful Amani.
SYED MOHEEB...perlindungan 24 jam
KAMARUZAMAN...dapat sambutan
“Skim ini terbuka kepada semua pelanggan Bank Rakyat berusia antara 18 hingga 64 tahun dan istimewanya pelan ini juga dibuka untuk warga asing yang menetap di Malaysia serta kakitangan beruniform,” katanya selepas majlis pelancaran Takaful Amani, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurutnya, pelanggan Bank Rakyat mempunyai tiga pilihan pelan dengan kadar caruman serendah 14 sen sehari dan akan mendapat perlindungan 24 jam sehari.
“Dengan penawaran skim Takaful Amani ini, pelanggan Bank Rakyat umpama mendapat peluang keemasan kerana kadar yang ditetapkan rendah, tetapi menjamin perlindungan 24 jam,” katanya.
Syed Moheeb berkata, Takaful Amani produk kelima disediakan untuk Bank Rakyat, namun ia skim perlindungan kemalangan pertama yang disediakan eksklusif untuk Bank Rakyat.
“Kami sudah menjalin kerjasama sejak 2004, namun ini adalah produk perlindungan kemalangan pertama yang dihasilkan untuk Bank Rakyat.
“Sebelum ini, kami turut menjalin kerjasama dengan melancarkan beberapa produk insurans antaranya takaful perubatan dan perlindungan pinjaman perumahan,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, sejak diperkenalkan beberapa bulan lalu hampir 3,741 pelanggannya menyertai skim berkenaan.
“Ia mendapat sambutan baik di kalangan pelanggan, malah kami menjangkakan hampir 13,000 polisi akan terjual dalam tempoh sebulan selepas dilancarkan,” katanya.
Menurutnya, skim yang ditawarkan itu menjadi antara perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan serta bakal pelanggan Bank Rakyat.“Ia berbeza dengan skim lain kerana ia turut menawarkan perlindungan sekiranya pemegang polisi berada di luar negara.
“Malah, ia sesuai untuk warga emas sebagai perlindungan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.
Kamaruzaman berkata, mempromosi skim yang diperkenalkan itu, pihaknya menjalankan kempen enam bulan bermula September 2010 hingga Mac 2011 yang menawarkan hadiah percutian kepada pelanggan bertuah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: