
Dua ciri menonjol yang dimiliki itu dilihat antara faktor penarik yang menambat hati juri dan penonton untuk memilih anak jati Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu sebagai peserta paling layak menggondol gelaran Imam Muda Terunggul menewaskan pesaingnya, Hizbur Rahman Omar Zuhdi.
Bersyukur di atas kemenangan itu, Asyraf berkata, kejayaan yang diperoleh itu adalah cabaran sebenar dalam melaksanakan tanggungjawab dan perjuangan imam muda yang bertanggungjawab dan mesra rakyat.
“Saya rasa program ini banyak mengubah hidup saya kerana menjadi pilihan orang pertama yang mengetuk pintu institusi imam. Banyak perkara yang saya lalui dan pelajari sepanjang mengikuti tutorial dalam program ini. Insya-Allah saya akan gunakannya semua ilmu yang ada dengan sebaik mungkin.
“Sekarang sudah tiba masanya kita keluar mencari masyarakat bukan masyarakat mencari kita. Saya mahu menjadi imam yang mesra dengan masyarakat, khasnya golongan remaja. Saya juga ingin lebih ‘cool’, relaks, manja dengan kanak-kanak dan ramah dengan orang tua,” katanya.
Ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Asyraf berkata dia mahu menghabiskan pengajiannya di Universiti Malaya sebelum menyambung pengajian di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, yang di menanginya menerusi pertandingan realiti itu.
“Dalam tempoh enam bulan ini, saya terikat dengan Astro dan akan mengikuti program yang telah diaturkan, terutamanya untuk program Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Selepas itu, insya-Allah saya akan lanjutkan pelajaran,” katanya yang turut bercadang untuk menubuhkan Kelab Imam Muda bersama sembilan peserta yang lain.
Mengulas tentang tawaran tugas sebagai Imam Ratib, Asyraf berkata, dia tidak kisah dan fleksibel untuk menjadi imam di mana-mana masjid sekalipun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: