
Suatu sumber berkata, pemenang American Idol yang telah berkahwin dengan Mike pada 10 Julai lalu bergaduh kerana tidak menepati janji untuk pindah ke Kanada, kampung halaman suaminya itu.
“Carrie dan Mike akan menjalankan resepsi perkahwinan mereka tidak lama lagi.
“Mike pula mendesak Carrie untuk menunaikan janjinya dan Carrie pula tidak mahu berbuat demikian,” kata sumber tersebut kepada National Equirer.
“Mike pula telah mula mengubah suai rumah berukuran 5,000 kaki persegi di West Carleton, Ottawa.
“Mike berfikir untuk menambah bilik bayi tetapi Carrie tidak setuju kerana dia memang tidak mahu tinggal di situ,” kata sumber tersebut.
Perbualan mereka berakhir dengan pergaduhan yang teruk dan Carrie mengunci dirinya di dalam tandas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: