
Bagi berkongsi indahnya sambutan Ramadan, Astro bersama artis residen mereka bergabung dengan beberapa artis lain berkampung di Restoran Bora Asmara bagi meraikan kumpulan anak yatim dari Kampung Sungai Penchala.
Seramai 40 anak yatim teruja melihat kehadiran artis-artis ternama seperti Erra Fazira, Aznil Hj Nawawi, Rozita Che Wan, Jimmy Shenley, Mawi , Ekin, Sarimah Ibrahim, Aril, Shahir, Adira, Ema, Anum, Hafiz, Akim dan ramai lagi yang hadir untuk meraikan serta berbuka puasa bersama mereka.
Majlis meriah itu cukup bermakna apabila artis-artis terbabit duduk semeja dengan anak-anak yatim tersebut berkongsi pelbagai cerita istimewa selain memberi layanan khas kepada mereka menjelang waktu berbuka.
Setelah selesai solat Maghrib, majlis diteruskan dengan celoteh lucu dari Sarimah dan persembahan oleh artis-artis seperti Shahir yang berduet dengan Akim menerusi lagu Suatu Hari Di Hari Raya.
Kemudian Mawi mengambil alih dengan lagu sendu, Ayah, yang mengusik hati kepada semua anak yatim yang hadir. Adira, Ema, Anum dan penampilan istimewa Rozita Che Wan pula meneruskan majlis dengan paduan suara menyanyikan sebuah lagu raya.
Setelah selesai persembahan, kesemua anak yatim yang hadir mengambil peluang bergambar kenang-kenangan bersama artis yang hadir.
Majlis tamat sejam selepas iu.
Sebelum itu, Astro melancarkan drama-drama serta telefilem menarik yang akan disiarkan sepanjang Aidilfitri nanti menerusi gabungan saluran-saluran Melayu Astro seperti Astro Ria, Astro Prima, Astro Oasis, Astro Citra, Astro Warna dan Astro Ceria.
Di antara telefilem yang akan menyerikan lagi raya pada tahun ini adalah Nak Balik Raya, Aidilfirti Abang Kassim Pon Pon, Baju Baru di Pagi Raya, Dodol Si Bujang Sepah, Syurga Di Pagi Raya, Arca Cinta, Pak Nil.. Ibu Kirim Slam dan banyak lagi.
Di samping itu, program-program mingguan terbitan Astro turut menerbitkan episod istimewa seperti Odisi Raya MJ Lagi!, Jangan Lupa Lirik Raya!, Raya! Raya! Raya 2010, Kata Kau Istimewa Aidilfitri, Itu Dia..Raya Datang Lagi, Trek Selebriti Kecohnya Raya Bersama Aril dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: