Saturday, August 14, 2010

Fabrik kapas jadi pilihan

KEMBALI ke tradisi lama, busana baju kurung dan kebaya menjadi pilihan untuk digayakan pada pagi Syawal.

MENAWAN...  sesekali berubah gaya, tampil menawan dengan kebaya fabrik renda dan satin merah jambu. Siapa kata renda hanya sesuai untuk mempelai.
MENAWAN... sesekali berubah gaya, tampil menawan dengan kebaya fabrik renda dan satin merah jambu. Siapa kata renda hanya sesuai untuk mempelai.

POLOS...seri terserlah dengan penampilan baju kurung moden polos dengan perincian manik pada bahagian tangan dan bawah baju. SERI...gaya menawan dengan baju kurung bercorak, tambah manis dengan selendang di bahu. KLASIK...baju kurung pesak menjadi pilihan si gadis, pemilihan fabrik bercorak menambah keanggunan si pemakai untuk tampil ceria pada pagi raya. SOPAN...penampilan sopan, berjubah   sesuai dipakai saat bermaaf-maafan   sesama keluarga. Lebih manis digayakan bersama selendang. FABRIK KAPAS...tahun ini baju  kurung fabrik kapas menjadi pilihan. Pemilihan warna sangat penting agar penampilan sentiasa segar sehingga ke petang.


KLASIK...baju kurung pesak menjadi pilihan si gadis, pemilihan fabrik bercorak menambah keanggunan si pemakai untuk tampil ceria pada pagi raya.
Sama ada baju kurung kini dimodenkan menjadi lebih anggun dengan perincian manik serta potongan tanpa pesak atau kebaya pendek fabrik kapas dipadankan kain batik lipatan di tengah, penampilan anda tentu lebih manis dan ceria.


Menepati konsep Syawal, butik Balqis yang terletak di Danau Kota, Kuala Lumpur menyediakan pelbagai busana termasuk baju kurung moden, tradisional Pahang, kebaya pendek atau labuh, jubah serta pelbagai jenis tudung siap serta selendang.


“Pakaian daripada fabrik kapas begitu mendapat tempat. Ini kerana kainnya yang lembut serta sejuk memberi keselesaan bagi mereka yang mahu beraya dari pagi hingga ke petang.


“Kepelbagaian corak dan warna menjadi pilihan kepada mereka menyesuai padan dengan tudung sedia ada. Malah pelanggan tidak sukar mencari tudung kerana kebanyakan tudung bercorak polos dan sesuai dipadankan dengan baju bercorak,” kata Pengurusnya, Faridah Mat Nor.


Sejak dibuka pada Ogos tahun lalu, Balqis menerima banyak tempahan serta pakaian sedia ada daripada orang ramai.


Ini kerana kebanyakan ­poto­ngan pakaian menepati selera pelanggan dengan menyediakan pelbagai jenis fabrik terkini seperti sifon, sutera Korea, kapas Jepun dan kapas Itali yang kini menjadi kegemaran pelanggan.


Memiliki lima tukang jahit berpengalaman, Faridah memberitahu menjelang Aidilfitri nanti hampir 2,000 pasang baju sudah disiapkan manakala tudung siap sudah diedarkan lebih awal kepada pemborong.


Selain busana raya, Balqis juga menyediakan baju kemeja bercorak batik bagi pelanggan yang inginkan kelainan manakala baju kanak-kanak kasual serta baju kurung turut disediakan.


Harga untuk tudung antara RM29 hingga RM89 manakala tudung Siti berharga RM100 ke atas. Baju kurung berharga RM109 ke atas. Bermula 6 Ogos hingga 16 September 2010, potongan sehingga 50 peratus untuk baju kurung serta 40 peratus untuk baju kurung Pahang kepada ­pelanggan yang mengunjungi butik Balqis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: