Raja Azura
Bukan saja pejabat Cik Normah yang kecoh, teman-teman di media yang lain juga sama heboh. Iyalah siapa nak percaya hubungan Kak Engku dan suaminya Azmin Osman Aroff bermasalah kerana sebelum ini tak pernah pula dengar sebarang cerita kurang enak mengenai rumah tangga mereka.Cik Normah yakin, peminat pun mesti terkejut dengan berita ini. Sebab Kak Engku seorang yang ‘happy go lucky’, suaranya di radio sentiasa ceria. Terngiang-ngiang lagi suara Kak Engku atau KE asyik mengusik SY atau Salih Yaacob dan Krill. Ia langsung tidak menggambarkan yang hubungan rumah tangganya sedang berdepan masalah. Mungkin juga Kak Engku cuba bersikap profesional kot?Tetapi mengikut satu cerita yang Cik Normah terima, kalau Kak Engku nak berpisah dengan suaminya, takkanlah dia masih memasak makan malam untuk suaminya sehari sebelum kisah kononnya Kak Engku mahu ke Mahkamah Syariah.
Bagaimanapun, Cik Normah tumpang simpati jika perkara itu benar-benar berlaku. Maklumlah mereka mempunyai tiga cahaya mata yang masih kecil, yang sulung Megat Muhammad Raziq baru berusia 7 tahun, yang kedua Megat Luqman Hakim, 6, dan yang bongsu Puteri Mia Maizura, 4.
Cik Normah harap, jika betul Kak Engku dan Azmin ada masalah, bawalah berbincang elok-elok. Bukan apa, Cik Normah kasihan kepada anak-anak Kak Engku dan Azmin yang masih kecil. Mereka mesti tertanya-tanya apa yang terjadi kepada ibu dan bapa mereka. Bagaimanapun, sekiranya berita ini tidak betul, Cik Normah memohon maaf sepuluh jari kepada Kak Engku.
Teman Cik Normah di pejabat ada juga cuba mendapatkan Kak Engku, tetapi telefonnya tidak berjawab. Dia cuma menjawab SMS secara ringkas yang berbunyi, ‘Tiada apa apa pun yang berlaku, terima kasih,”.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: