
KUALA LUMPUR - Seorang deejay stesen radio berbahasa Cina, Jamaluddin Ibrahim diarah bercuti oleh majikannya, Star RFM Sdn. Bhd. atas alasan mengancam keselamatan negara dan menjejaskan hubungan kaum.
Anak kepada bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Shamsiah Fakeh itu diarah bercuti untuk satu tempoh tertentu.
Langkah tersebut berikutan sepucuk surat amaran yang diterima oleh Radio 98.8FM (988) daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai isu tersebut pada 18 Ogos lalu.
Jamaluddin, 47, yang dikenali sebagai 'Jiama' di kalangan peminatnya dilahirkan di Beijing, China dan fasih bertutur bahasa Mandarin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: