Sunday, August 15, 2010

Debaran temu janji Radcliffe

Daniel Radcliffe mengakui tidak dapat menyembunyikan debaran berhadapan temu janji dengan wanita yang dikasihinya.

Pelakon yang dikatakan sedang dilamun cinta dengan Olive Uniacke mengakui dia tidak selesa untuk bertemu janji dengan wanita.

“Temu janji membuat saya rasa berdebar kerana saya tidak biasa, bukan berdebar kerana ingin mengajak tetapi mesti akan terjadi saya terdiam dan kaku.

“Tetapi apabila saya sudah selesa saya akan banyak bercakap dan mungkin mereka akan bosan. Saya cuma mahu mereka tersenyum,” katanya kepada majalah Out.

Radcliffe juga berkata apabila orang mengenalinya mereka akan menyamakan dia dengan watak Harry Potter.

“Pelik, biasalah orang boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu. Ada orang anggap saya Harry Potter dan ada orang yang tidak tahu nama sebenar saya.

“Bila anda melakonkan satu watak terlalu lama orang akan memanggil dan mengenali anda dengan nama watak tersebut, tapi sekarang saya mahu mereka mengenali saya dengan nama saya sendiri,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: