Monday, August 2, 2010

Cuba dulu, baru import


MOHD. IZZUDDIN HAFEEZ (kiri) bersama rakannya, Mohd. Asri Mohd. Nor komited memperkenalkan produk kesihatan Iaso Slim kepada pengguna di negara ini.


SETIAP individu tidak kira lelaki atau wanita sudah tentu mahukan berat badan ideal untuk hidup yang lebih sihat, malah tidak keterlaluan jika dikatakan berat badan yang sesuai mampu menjadikan seseorang itu lebih yakin terhadap penampilan diri.

Justeru, pelbagai cara dilakukan dalam usaha mengurangkan berat badan dalam kalangan individu gemuk atau mereka yang mengalami masalah obesiti.

Sama ada berdiet, bersenam, mengikuti program kecergasan di gimnasium yang menawarkan jurulatih peribadi atau mengambil pil kurus untuk kesan yang pantas, semua ini merupakan antara kaedah yang sering digunakan mereka yang berdepan dengan masalah berat badan.

Apa yang pasti, hasilnya kelak bergantung kepada kesungguhan individu itu sendiri. Perkara ini diakui oleh Mohd. Izzuddin Hafeez Mohd. Zahar, 25, yang pernah melalui 'zaman gemuk' semenjak kecil.

Menurut Hafeez, memang sejak kecil dia sudah mengalami masalah obes yang serius. Namun, perkara itu tidak langsung membimbangkan dirinya. Cuma, setelah menamatkan pengajian dan mula bekerja barulah dia menyedari kepentingan untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

"Sejak beberapa tahun lalu, banyak cara telah saya cuba untuk menguruskan badan yang beratnya mencecah 105 kilogram (kg).

"Ada sahaja produk terbaru di pasaran yang dikatakan mampu menguruskan badan, saya akan beli. Malangnya, semua itu tidak memberi apa-apa kesan pada fizikal saya," ujar jurutera perunding di sebuah syarikat di Seremban, Negeri Sembilan.

Bosan dengan produk tempatan, Hafeez kemudian berusaha mencari produk dari luar negara untuk menguruskan badan. Melalui pencarian di alam maya, usaha Hafeez berjaya menemui titik noktah.


PRODUK berasaskan herba organik ini berpangkalan di Amerika Syarikat dan kini mula menjengah pasaran Malaysia.


Produk teh berasaskan herba organik atau lebih dikenali sebagai IasoTea keluaran syarikat Total Life Changes (TLC) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) menjadi pilihan.

"Ternyata selepas lima bulan menggunakan produk tersebut, saya melihat hasil yang ketara dalam aspek penurunan berat badan, penampilan wajah dan peningkatan stamina," jelas Hafeez.

Kini selepas setahun mengambilnya tanpa jemu, fizikal Hafeez sudah jauh berubah. Dengan berat 65 kg, Hafeez juga melalui satu transformasi yang mengagumkan. Kulitnya yang dahulu hitam manis turut berubah menjadi cerah dan tegang.

"Melihat kesan yang memang jelas terbukti selepas menggunakannya, saya bertekad untuk membawa produk ini ke pasaran Malaysia bagi memberi peluang kepada orang lain mengubah penampilan diri," katanya yang kemudian menjadi pengedar perseorangan (Independent Distributor) bersama seorang rakan, Mohamad Asri Mohd. Nor.

Sementara itu, Asri berkata, IasoTea merupakan revolusi minuman berasaskan herba yang dirumus oleh Dr. Bill Miller dari Tennessee, AS.

"Minuman teh ini adalah campuran unik herba-herba organik yang direka secara lembut untuk membersihkan saluran pencernaan dan detoksifikasi seluruh tubuh.

"Produk ini sudah 20 tahun berada dalam pasaran di AS dan kami berharap untuk meluaskan pasarannya di negara ini. Sejak Januari lalu, sambutan terhadap produk ini amat menggalakkan," tutur Asri sambil menambah bahawa TLC turut menawarkan pelan pendapatan kepada individu yang berminat untuk memasarkannya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.totallifechanges.com/asrimon atau hubungi talian 017-892 2251 (Hafeez) dan 016-247 2020 (Asri).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: