KUALA LUMPUR: “Tiada lelaki normal yang mahu berkahwin dan bercerai terutama dalam tempoh yang singkat beberapa kali. Namun, saya menerima ketentuan ini sebagai takdir. Saya anggap ia ujian Allah yang ingin menilai sejauh mana kesabaran saya menempuh dugaan-Nya. Saya percaya, apa yang berlaku ada hikmah tersendiri.
“Kegagalan rumah tangga saya disebabkan jodoh tak panjang, tak ada kena mengena langsung dengan Raja Azmi yang sering kali menjadi mangsa fitnah. Saya percaya, ia juga disebabkan hasutan. Setiap kali berlakunya perceraian, nama Raja Azmi dikaitkan. Teruk sangat ke Raja Azmi?,” kata Roslin Hashim yang menangkis dakwaan beliau menyifatkan isteri umpama bulu tangkis.“Dia (Nurhayati) menuduh saya berdua-duaan dan berkhalwat dengan Raja Azmi di dalam bilik. Namun perkara itu tidak pernah berlaku. Saya tiada di dalam bilik. Saya akui, saya yang menghantar Raja Azmi ke Hotel Corus selepas kami merasmikan Kelab Kuda di Kem Isi Rimba, Kemensah pada petang hari berkenaan.”Begitulah dakwaan jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35, ketika diminta mengimbau kembali kejadian 7 Ogos lalu - tarikh yang menjadi detik hitam dalam hidupnya apabila bekas isterinya, Nurhayati Othman, 38, bertindak menyerbu bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang kerana menyangka dia berkhalwat dengan penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 51.
“Bagi saya, apa yang terjadi tidak sewajarnya berlaku kerana ia hanya membabitkan perihal suami isteri. Apabila Nurhayati mengesyaki saya mempunyai hubungan sulit dengan Raja Azmi, dia seharusnya berterus terang dengan saya, bukannya bertindak menyerbu Raja Azmi di hotel itu.
“Setibanya di lobi hotel, Raja Azmi terus membuat pendaftaran masuk, saya pula ke kawasan meletakkan kenderaan. Raja Azmi seorang diri yang naik ke bilik, manakala saya berada di sekitar hotel. Pada masa sama, Jalani (Sidek) menghubungi saya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: