Thursday, August 26, 2010

Celak mata kalis air

LUMRAH wanita inginkan wajah cantik menawan. Namun tidak ramai mampu menghasilkan solekan sempurna terutama mereka yang tidak mempelajari teknik solekan yang betul.

pix_middle
Hasilnya wajah tidak seperti apa yang anda idamkan sedangkan menjelang Aidilfitri, pastinya solekan menjadi asas penting dalam penampilan. Percaya atau tidak, dengan hanya mengenakan tiga langkah solekan selepas berbedak iaitu bercelak, menggunakan maskara dan gincu, anda sudah mampu tampil hebat dan menawan pada pagi Syawal.


Ini kerana mata dan bibir adalah dua anggota berbeza yang harus diberi tumpuan. Serlahan mata menerusi celak dan maskara akan menjadikan mata galak bersinar manakala rona bibir menawan akan membuatkan penampilan bertambah anggun senada busana. Menurut Pengurus Besar AsterSpring dan Leonard Drake Malaysia, Karen Ho, Averine menyedari peri pentingnya wanita menggunakan rona menawan untuk menyerikan bahagian mata dan bibir mereka menerusi solekan. Justeru, selain menambah cantik, Averine sebagai kosmetik penjagaan kulit terapeutik direka untuk merawat dan memberi kebaikan serta melindungi kulit wanita. “Averine menggunakan pendekatan penjagaan kulit kepada mekap dengan menggabungkan bahan tulen serta bermutu tinggi, bebas daripada bahan perosak, sintetik dan pengawet. “Mekap Averine bukan sekadar melindungi kulit, tetapi mengandungi bahan penjagaan kulit untuk merawat serta mencantikkan kulit setiap kali selepas digunakan,” kata Karen.


Pada majlis pelancaran itu, jurusolek Averine Malaysia, Nor Haslinda Ab Rahman menunjukkan bagaimana rangkaian terbaru Averine menambah definisi dan kontras kepada wajah menerusi tiga langkah mudah menggunakan celak, maskara dan gincu. Solekan ringkas diberikan kepada pengacara televisyen, pengusaha butik dan rakan AsterSpring, Farrah Adeeba Mohamed Ashraff. Celak mata cecair Celak mata cecair Averine tahan lama serta kalis air memberikan tahap liputan tinggi serta cepat kering. Aplikator dengan hujung yang halus memastikan pemakaian lembut serta penggarisan mudah dan tepat pada garisan kelopak mata. Sesuai untuk mata kering dan sensitif serta pengguna kanta lekap. Sesuai untuk wanita Muslimah kerana senang ditanggal ketika bersolat. Celak cecair ini terdapat dalam rona hitam berharga RM68. Maskara Maskara volume menjadikan bulu mata lebih panjang, lebat dengan warna jelas dan memikat. Mengandungi minyak jojoba dan vitamin E untuk melindungi bulu mata dan menghalang kehilangan lembapan. Sesuai untuk tempoh pemakaian lama melebihi enam jam. Dalam cuaca panas di Malaysia menerusi rumusan kalis air, ia tidak comot dan bergumpal dan paling penting senang ditanggalkan ketika bersolat. Maskara volume terdapat dalam rona hitam berharga RM78. Bibir Gincu Red Charm Averine berkrim, ringan dan tidak meninggalkan kesan. Menyediakan kemasan tahan lama serta lembut berkilau untuk kilauan bibir lembut dan sofistikated. Melindungi bibir daripada cahaya matahari yang diperoleh menerusi penapis organik lengkap dalam vitamin A dan C untuk melawan penuaan pramatang manakala minyak biji aprikot menyuburkan bibir. Gincu Red Charm terdapat dalam tiga warna ceria ceri beri, ruby dan paradise berharga RM78. Sempena pelancaran tiga produk terbaru Averine ini, AsterSpring memperkenalkan promosi Brighten Up pada harga istimewa. Pelanggan akan menerima gincu Red Charm, celak cecair, maskara volume, pembayang mata Diamond Sparkles dan rawatan wajah Gamma Pigment Relief berharga RM328. Promosi ini terhad mulai 17 Ogos hingga 30 September 2010 sahaja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: