Thursday, August 5, 2010

Buaya muara Sungai Linggi kebal


BERITA penemuan bangkai buaya besar tidak mengejutkan orang ramai yang terus mengunjungi Pantai Teluk Kemang, Port Dickson semalam.


SEREMBAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan tidak akan menangkap buaya-buaya di muara Sungai Linggi walaupun kehadiran reptilia itu boleh mengancam pengunjung pantai Port Dickson yang hanya berada dua kilometer dari situ.

Pengarahnya, Ishak Muhamad berkata, standard operasi jabatan itu ialah mereka hanya boleh menangkap buaya itu jika ia terlepas dari kawasan habitatnya di sungai tersebut dan masuk ke perairan Port Dickson.

“Kita tidak boleh tangkap buaya secara sembarangan di kawasan habitatnya sebab ada Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 yang melindungi buaya tembaga,’’ jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.

3 comments:

  1. kekadang begitulah...dugaan yg menimpa tak munasabah. Ada ke patut buaya masuk ke laut port dickson?...industri pelancongan dan bisnes lt kawasan tu berkembang pesat dan ini bukan salah sesiapa. Dlm hal ni, tak ada sesiapa sebenarnya yg sepatutnya dipersalahkan. Tanyalah Tuhan kenapa dia menduga sehingga ada yg rosak binasa kerana dugaannya...bukan nak salahkan Tuhan, tp kenyataan.

    ReplyDelete
  2. MEMANG TAK PATUT PUN MEREKA BAKAR BANGKAI BUAYA . SEDANGKAN BUAYA ITU TIDAK BERSALAH PUN/SO WHAT?.

    ReplyDelete
  3. kenapa nak seksa bangkai buaya sepatutnya tanam okey.....ingat jangan seksa binatang

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: