Thursday, August 5, 2010

Arab Saudi pula larang BlackBerry


PENGELUAR telefon BlackBerry terus mendapat tekanan selepas dua negara iaitu Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi melarang penggunaannya. - Gambar hiasan


DUBAI - Selepas Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Suruhanjaya Teknologi Maklumat dan Komunikasi Arab Saudi mengarahkan semua pengendali telefon menghentikan perkhidmatan telefon bimbit BlackBerry di negara itu bermula Jumaat ini.

Tindakan itu akan meningkatkan tekanan antara pembuat telefon bimbit tersebut, Research in Motion Ltd., dari Kanada dengan kerajaan Arab Saudi yang menuntut akses lebih luas ke atas data yang dihantar ke BlackBerry.

Agensi berita rasmi SPA melaporkan penggantungan perkhidmatan itu dilakukan kerana perkhidmatan BlackBerry di Arab Saudi tidak mengikut peraturan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: