![]() |
| Chef Samsol Azaman Abu Zaman bersama pelbagai jenis sajian pencuci mulut. |
Sempena Ramadan, pelbagai restoran dan hotel menawarkan pakej berbuka puasa dengan hidangan yang menarik serta membuka selera.
Pakej yang serupa juga ditawarkan oleh resort Golden Palm Tree atau juga dikenali sebagai Sepang Gold Coast di Pantai Bagan Lalang, Sepang, yang menyediakan 183 jenis juadah untuk berbuka puasa.
Berkonsepkan Festival Pantai Ramadan Malindo, resort mewah itu menawarkan pelbagai hidangan istimewa pada harga serendah RM89 bagi dewasa dan RM68 bagi kanak-kanak.
Executive Chefnya, Samsol Azaman Abu Zaman berkata, mengambil tema ketenangan dan keindahan pantai, bufet Ramadan tersebut menampilkan pelbagai jenis masakan tradisional tempatan dan juga masakan Indonesia.
''Sertailah kami untuk berbuka puasa dalam suasana yang berlatar belakangkan ketenangan laut.
''Orang ramai berpeluang untuk merasai 101 jenis juadah untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini," katanya.
Menurut Samsol Azaman, antara juadah istimewa yang disediakan resort berkenaan ialah Nasi Malindo yang menggunakan resepi asal dari Indonesia.
''Kami juga turut menyediakan gulai daging, lemak rebung, kembung asam pedas, sambal udang galah, kuzi kambing dan hati masak hitam.
"Selain itu, terdapat juga aneka kerabu dan ulam-ulaman kampung yang dicicah bersama pelbagai pilihan sambal.
''Malah, kita juga ada hidangan utama yang dinanti-nantikan pelanggan iaitu kambing bakar pusing dan ayam bakar pusing," katanya.
Tambah Samsol Azaman, pihaknya turut menyajikan beraneka jenis kuih-muih tradisional Melayu seperti agar-agar, baulu, kuih karas bangkit dan kek sebagai pencuci mulut.
Malah tidak ketinggalan, wajik durian dan dodol yang menjadikan bufetnya berlainan berbanding tempat lain.
Akuinya, setiap hari set menu akan bertukar supaya pengunjung tidak jemu.
Jelasnya, harga yang ditawarkan amat berpatutan memandangkan jumlah juadah yang disediakan berbaloi dengan bayaran dikenakan.
Tambahnya, Golden palm Tree turut menyediakan pakej berbuka puasa, bersahur dan promosi bilik pada kadar RM510++ .
Malah diskaun 20 peratus diberikan kepada pelanggan.
Sehubungan itu, Samsol menjemput orang ramai berbuka puasa di resort itu.
Tempat bersolat juga disediakan untuk kemudahan pengunjung.
Sebarang tempahan boleh menghubungi talian 03- 31823600.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: