
KOTA BHARU - Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih bermakna bagi sembilan banduan dari penjara Pengkalan Chepa di sini apabila mereka mendapat pembebasan bersyarat parol berkuat kuasa semalam.
Mereka disambut penuh hiba oleh keluarga masing-masing di ruang pejabat parol Kota Bharu di sini dan pembebasan ini memberi peluang kepada mereka menjalani ibadah puasa serta menyambut lebaran bersama keluarga.
Seorang bapa berusia 66 tahun dari kampung Wakaf Bharu yang datang menyambut anaknya Zamri, 38, (bukan nama sebenar) berkata, dia sangat berharap agar anaknya insaf selepas mendapat perintah parol itu.
"Kalau diikutkan hati, memang saya marah padanya malah sejak dipenjarakan pada 5 Mei 2009 kerana menagih dadah, sekali pun saya tidak pernah melawatnya kerana ini kali ketiga dia ditahan.
"Saya juga sudah menjaminnya berkali-kali dan beribu-ribu duit sudah dikeluarkan tetapi dia masih mengulangi tabiat tersebut dan kali ini saya akan kawal setiap pergerakannya," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: