Monday, August 2, 2010

Bas terbabas ke dalam sungai


GAMBAR menunjukkan sebuah bas terjatuh ke dalam Sungai Seine, Paris pada Jumaat lalu.


PARIS - Sebuah bas pelancongan dari Austria terbabas memasuki Sungai Seine di sini beberapa meter dari Menara Eiffel Tower kerana pemandunya terlupa menarik brek tangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan di kalangan penumpang.

Kejadian berlaku selepas bas itu diletakkan di kawasan meletak kereta dan ia bergerak ke arah kawasan persiaran kaki sebelum jatuh ke dalam sungai.

Bas itu kemudian ditarik dari sungai dengan menggunakan kren.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: