Anith merupakan muka baru dalam drama bersiri Kau dan Aku 2.BUKAN mudah Anith Aqilah mendapat lampu ‘hijau’ untuk berlakon dalam drama bersiri Kau dan Aku (KDA2) musim kedua yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.
Disebabkan sedang mengikuti pengajian dalam bidang muzik di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara), pelakon dan penyanyi berusia 19 tahun ini terpaksa memujuk ibunya, Juriah Ayob untuk membenarkannya berlakon dalam drama tersebut sekali gus menangguh pengajiannya selama setahun sehingga Julai tahun depan.
Anith atau nama sebenarnya Anith Aqilah Sulaiman Lim muncul dengan watak baru bernama Elena.
“Saya rasa tawaran untuk berlakon dalam KDA2 merupakan suatu peluang besar yang tak patut ditolak. Dengan penerimaan tawaran ini, saya dapat membuat kemunculan semula dalam industri hiburan ini. Kalau tolak, memang saya rugi sebab KDA2 boleh membantu saya untuk popular semula

“Saya harap ibu faham. Ikutkan kelas saya tidaklah terlalu padat sebaliknya saya boleh menetapkan waktu sendiri untuk datang ke kelas pada setiap minggu tetapi bila difikirkan penggambaran berlangsung setiap hari, jadi saya terpaksa menangguhkan pengajian buat sementara waktu,” ujarnya kepada mStar Online.
Setakat ini, dia sedang mengikuti kelas lakonan yang diajar oleh Namron, tarian (Bibi) dan nyanyian (Pacai) sebagai persediaan sebelum menjalani penggambaran.
Bercerita tentang watak Elena, Anith berkata tiada masalah untuk membawakan watak seorang yang bercita-cita tinggi, disenangi ramai dan tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh orang lain.
Dalam drama itu dia juga berperanan sebagai pelajar kolej yang merupakan individu daripada latar belakang ibu bapa yang bercerai. Kebetulan pula watak itu sama seperti kisah hidup sebenarnya.
“Bila saya baca latar belakang watak Elena, secara kebetulan ia sama dengan kehidupan sebenar saya yang juga datang daripada ibu bapa yang telah berpisah. Tetapi sekarang ibu dan bapa saya telah mempunyai pengganti masing-masing.
“Saya juga tinggal dengan ibu dan bapa tiri saya di Selayang, Selangor,” cerita anak ketiga daripada empat beradik ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: