
Namun, gadis yang mesra dengan panggilan Amanda ini sebenarnya mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian dan memiliki mutu vokal yang tidak kurang hebatnya dengan penyanyi-penyanyi yang ada di negara ini.
“Saya akui memang saya tidak dikenali ramai kerana saya bergerak sendiri dan bukannya lahir dari program-program realiti yang ada di negara ini.
“Saya juga tidak mempunyai kenalan atau sesiapa ‘orang kuat’ industri untuk dijadikan rujukan, melainkan sokongan yang berterusan dari keluarga dan teman terdekat.
“Tapi syukurlah, hasrat saya untuk jadi penyanyi dan ada album sendiri, akhirnya tercapai juga walaupun tanpa publisiti meluas,” kata gadis manis yang berusia 18 tahun ini ketika ditemui Sinar Harian di Celebrities Hall of Music, Soho KualaLumpur.
Mengulas lanjut mengenai albumnya itu, pemenang lagu pop terbaik untuk Voize Independent Music Awards (VIMA) 2010 ini berkata, album pertama, Amanda Amani telah pun dihasilkan pada November, 2008.
Sementara itu, album kedua, Yeah, yang memuatkan lagu-lagu Inggeris, pula dihasilkan pada Disember tahun lalu.
“Dalam album pertama, terdapat tujuh buah lagu Melayu dengan kerjasama komposer, Ajai. Malah, saya juga ada masukkan lagu ciptaan sendiri iaitu, ‘Terima Kasih’ dan dua buah lagu lagi hasil ciptaan saya bersama Ajai.
“Menerusi album kedua pula, saya muatkan lima lagu Inggeris yang semuanya hasil ciptaan saya sendiri. Dan saya sememangnya lebih berpuas hati kerana dapat menyanyi lagu ciptaan sendiri,” katanya yang bakal muncul dengan single terbaru hujung tahun ini.
Penuntut bidang Komunikasi dan Psikologi di Segi College ini juga boleh tersenyum bangga kerana di saat usianya yang masih ‘hijau’, sudah mampu memiliki sebuah syarikat produksi sendiri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: