|
Sejak awal pembabitannya dalam bidang seni, Aizat Amdan memang berhasrat mahu mendalami ilmu dalam bidang muzik. Namun kejayaan yang diraihnya membuatkan dia terpaksa melupakan sementara untuk mengukuhkan nama. ![]() Kolej luar negara setaraf keinginan... "Saya ada juga risik dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kursus muziknya bagus, tapi kalau belajar di sana saya perlu mengambil program lain juga termasuk ko kurikulum. Itu yang saya tak mahu. "Apa yang mereka tawarkan tidak menepati kehendak peribadi saya sendiri. Saya mahukan pengajian secara profesional yang lebih tekankan aspek teknologi dalam bidang muzik. Saya nampak kolej dan universiti di UK memang menekankan aspek itu. "Saya akan meninjau secara terperinci kursus muzik di Thames Valley University pada 27 Ogos ini. Kebetulan saya ada kawan di sana, bolehlah menumpang mereka. Terlanjur ke sana saya akan meninjau beberapa kolej lain sebelum membuat pilihan. Pada masa sekarang Thames Valleylah pilihan utama saya. ![]() Kongsi rezeki dengan anak yatim. "Tempoh cutinya juga panjang, jadi saya masih boleh aktif malah boleh selalu balik memenuhi acara yang dijalankan dalam tempoh percutian. Kalau segala perancangan berjalan lancar saya akan memulakan pengajian pertengahan tahun hadapan." Aizat lebih menekankan kepada menambahkan ketajaman fikiran dalam menghasilklan muzik serta dan bergerak mengikut arus pemodenan muzik. Apa yang ditekan di kebanyakan kolej muzik di UK berbeza dengan kolej muzik di Amerika yang memberi tujuan utama dalam pemasaran dan promosi. "Sebab itu sesebuah produk muzik dari Amerika menjalani promosi yang gila-gila sebab mereka memang pakar dalam perkara itu," kata Aizat. ![]() Gembira anak yatim dapat layanan Aizat. Aizat tidak nampak keputusannya menyambung pengajian bakal menjejaskan kerjayanya kerana terpaksa mengurangkan aktiviti seni. Apatah lagi pengajiannya mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun. "Saya tak lihat kerjaya saya bakal terjejas kerana kita boleh membuat perancangan awal sebelum saya ke sana. Mungkin pada masa itu saya sudah ada album-album baru. "Selepas tamat pengajian umur saya baru masuk 24 tahun, saya rasa pada usia itu saya masih boleh berdiri dalam bidang seni. Sebab itulah saya anggap inilah masa yang paling sesuai untuk saya memulakan pengajian yang tertangguh beberapa lama. "Saya pernah berhajat untuk menyambung pengajian pada usia 20 tahun, tapi terpaksa ditunda kerana perlu melakukan sesuatu untuk mengukuhkan kerjaya saya," ujarnya. ![]() Cari penaja road tour Dalam masa yang sama Aizat juga mahu mencari peluang kerjasama dengan pemuzik di sana atau dari negara lain yang turut belajar bersama-samanya nanti. Dia mahu mendapat input daripada mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru. "Itu juga salah satu sebab mengapa saya pilih kolej luar negara. Saya mahu bertemu lebih ramai pemuzik dari luar negara," kata Aizat ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak0anak yatim anjuran syarikatnya, Kasi Gegar Entertainment di Masjid As Syakirin, KLCC semalam. Pihak pengurusannya mengundang 40 anak yatim dari Rumah Anak-anak Yatim D'Bela, Kampuing Melayu Ampang. Selain meraikan mereka, Aizat juga turut menyampaikan duit raya kepada mereka. Shocase Istimewa Aizat juga merancang mengadakan road show bermula selepas hari raya nanti. Sebuah show case di Kuala Lumpur akan diadakan sebagai pembuka acara yang akan berterusan sehingga ke tahun hadapan. Ia dibawakan oleh syarikatnya sendiri. "Kami sedang berusaha mencari pihak penaja untuk bersama-sama dalam road show tersebut. Setakat ini belum ada mana-mana pihak yang memberikan kata putus lagi," katanya. Aizat baru melancarkan album baru beberapa minggu sebelum puasa. Apabila masuk bulan puasa, promosinya terhenti sekejap dan akan disambung selepas hari raya nanti. "Elok juga, sebab semasa berehat panjang sepanjang bulan puasa, kita boleh merancang untuk aktiviti promosi selepas ini dengan lebih rapi," jelas Aizat. |
Saturday, August 21, 2010
Aizat pilih kolej UK tahun depan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: