Wednesday, September 16, 2009

Peniaga agih wang zakat


AMBO mengagihkan wang zakat di Jalan Mairo, Makassar kelmarin.


MAKASSAR - Seorang ahli perniagaan, Ambo Rukka memberi zakat dan sedekah kepada ribuan pengayuh beca dan fakir miskin di Makassar, Sulawesi Selatan, kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Wang zakat itu diagih-agihkan di Jalan Mairo pada waktu petang.

Ambo, 60, yang merupakan seorang bekas penarik beca enggan menyatakan sebab dia bersedekah atau jumlah keseluruhan wang yang diberikan itu.

"Pak Haji memang tidak mahu bicara tentang berapa sumbangannya," kata seorang saudara maranya.

Namun, seorang anggota keluarganya memberitahu, sejak tahun lalu, Ambo menyediakan wang sedekah mencecah 700 juta rupiah (RM247,369).

"Penarik beca yang muda akan menerima 30,000 rupiah (RM12.34) manakala yang sudah berusia pula diberikan 50 ribu (RM17.63)," kata seorang penarik beca dikenali sebagai Uding.

Tidak banyak yang diketahui tentang Ambo iaitu anak kelahiran Tanete, daerah Bulukumba yang terletak dalam wilayah Sulawesi Selatan.

Sekitar 33 tahun lalu, dia menjadi pengayuh beca di Makassar sebelum merantau ke Papua untuk menjadi peniaga pakaian.

Namun, sejak 2006, atau tiga tahun lalu, Rukka tiba-tiba menjadi bahan cerita kerana sifatnya yang pemurah dan gemar bersedekah terutama pada bulan Ramadan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: