Sunday, September 27, 2009

Norman Hakim nafi abaikan anak

DALAM Pancaindera minggu lalu pelakon Abby Abadi meluahkan rasa sedihnya kepada wartawan Amirah. Kata Abby, dia rasa teraniaya apabila bekas suaminya Norman Hakim macam lepas tangan dan meletakkan tanggungjawab menjaga anak pada bahunya seorang.

Akibat masalah itu, Abby dikatakan mahu menuntut hak terhadap anak-anaknya daripada Norman. Perkara itu sedang diuruskan oleh peguam Abby.

Malah Abby juga sudah tidak tinggal lagi di rumah lamanya di Ukay Perdana, Ampang sebaliknya sudah berpindah ke Keramat, berdekatan rumah keluarganya untuk mencari angin baru.

Norman pula dalam reaksinya menafikan selama ini dia mengabaikan tanggungjawab terhadap tiga anaknya iaitu Mohd. Danish Hakim, 6, Marisa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim yang berusia setahun.

Sebaliknya kata Norman, sebagai seorang bapa dia tetap rapat dengan anak-anak. Jauh sekali hendak mengenepikan mereka.

Menurut Norman lagi, soal nafkah juga dia uruskan macam biasa. Yuran-yuran pelajaran anaknya juga Norman yang tanggung.

“Rutin harian saya terhadap anak-anak saya lakukan seperti selalu. Ambil dan hantar ke sekolah, bawa mereka pergi riadah dan macam-macam lagi.

“Segala perbelanjaan untuk anak-anak juga saya uruskan,” katanya.

Tambah Norman, dia berharap bekas isterinya tidak membuat pelbagai andaian kerana bimbang masyarakat akan membuat tafsiran yang salah. Jika ada masalah berkaitan anak-anak boleh bawa bincang.

Dalam masa yang sama Niezam tanya juga Norman bagaimana hubungannya dengan Memey Suhaiza?

Kata Norman mereka berkawan rapat dan hubungan itu semakin positif. Cuma kalau nak fikirkan soal kahwin, bukan masanya lagi. Norman menyerahkannya kepada Tuhan.

Mengenai perasaan berhari raya sebagai seorang duda, tambah Norman dia tak merasai apa-apa perubahan pun. Hidupnya berjalan macam biasa.

Pada tahun ini keluarganya termasuk ibu bapa dari Kuantan datang beraya di Kuala Lumpur. Sambutannya pun meriah.

Apa-apa pun selepas ni soal anak-anak dapatlah Norman dan Abby selesaikan dengan cara baik. Yalah... anak-anak mereka sedang membesar dan memerlukan kasih sayang daripada orang tua mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: