Thursday, September 10, 2009

Komando NATO selamatkan wartawan Britain




KABUL - Sekumpulan komando daripada pasukan tentera Perjanjian Atlantik Utara pertubuhan (NATO) berjaya menyelamatkan seorang wartawan akhbar New York Times yang ditawan kumpulan Taliban dalam satu operasi di sini semalam.

Beberapa pegawai berkata, anggota berkenaan menyelamatkan wartawan itu, Stephen Farrell (gambar) yang mempunyai kerakyatan Britain dan Ireland, bagaimanapun seorang penterjemah warga tempatan, Sultan Munadi, meninggal dunia.

Farrell dan Sultan ialah kumpulan petugas yang kedua dari akhbar New York Times yang diculik di Afghanistan dalam tempoh setahun.

Kementerian Pertahanan Britain menyatakan seorang anggota tentera negara itu terbunuh dalam operasi menyelamat itu tetapi enggan mengesahkan laporan akhbar bahawa pasukan khas negara tersebut terbabit dalam operasi berkenaan.

Perdana Menteri Britain, Gordon Brown memberikan penghormatan kepada anggota tentera terbabit yang dianggap sebagai hero negara.

Farrell, 46, tidak cedera namun Sultan, 34, yang mempunyai dua anak sedang bercuti semester kerana belajar di sebuah universiti di Jerman, terbunuh dalam pertempuran itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: