
Program selama 30 minit itu akan membawa penonton mengikuti kisah yang dipaparkan tentang sukarelawan perubatan yang juga penceramah bebas, Dr. Jamnul Azhar Mulkan untuk mencungkil keunikkan di sebalik kisah keluarga beliau dan keistimewaan Sekolah Rendah Bestari Darul Mulkan.
“Saya mengenali Dr Jamnul Azhar Mulkan ketika saya membuat tugasan di Darfur, dua tahun lalu. Ketinggian ilmu dalam bidang agama dan komitmen beliau yang cemerlang dalam bidang kesukarelawanan melayakkan beliau dianugerahkan Tokoh Perubatan Ibnu Sina oleh Universiti Malaya baru-baru ini. Ketika kami berbual, terpacullah kisah tentang keluarga dan adik beradiknya yang seramai sembilan orang” kata Fetri.
Cerita Fetri, ibu bapa Dr, Jamnul Azhar, iaitu Mulkan dan Jamiah adalah pesara guru. Cinta mereka terhadap ilmu dan agama sangat tinggi. Seluruh harta Mulkan digunakan untuk menampung pengajian semua anak-anaknya yang belajar agama di luar negara.
Peribadi mereka juga mulia dan saling sayang dalam satu keluarga besar. Jamiah kini tenang bersama anak dan menantu serta cucu seramai 38 orang.
“Terbukti, mereka yang berjuang di jalan Allah, akan dibantuNya. Usaha keras puluhan tahun dahulu mula menampakkan hasil. SRB Darul Mulkan yang serba sederhana tetapi tetap bernyawa dan bergelora untuk melahirkan insan mukmin yang teguh dibawah naungan al-Quran dan Sunnah.
"Untuk saksikan cerita lanjut, tontonlah di TV3 nanti,” katanya.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteUntuk pengetahuan tuan dan puan, anda boleh layari laman web http://srbdarulmulkan.wordpress.com berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sek Ren Bistari Darul Mulkan.
Terima kasih.