Erra dan pelakon Umie Aida menjayakan acara 'Istimewa Bersama Erra Fazira dan Umie Aida D' Gerai Juz Jumbo Suria FM dari 5.30p.m. hingga 6.30p.m. di Kampung Baru, semalam.BELUM pun sempat primadona Melayu, Erra Fazira melantik peguam menyiasat status dengan bekas rakan kongsi Ferra Kosmo Look, pihak terbabit telah terlebih dahulu mengemukakan surat saman terlebih dahulu.
"Saya baru buka mulut sahaja baru-baru ini, mereka dah nak saman saya. Saya baru menerima surat saman beberapa hari lepas dan saya tidak terkejut sama sekali kerana ini adalah permainan mereka.
"Dia orang nak saman, samanlah. Saya belum melantik peguam untuk menyiasat perkara ini. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dari segi perundangan. Jika saya boleh membela diri saya, saya akan membela diri saya.
"Saya tidak akan berasa tertekan ekoran saman tersebut," kata Erra ketika dihubungi mStar Online semalam.
Erra dan Umie berjaya menarik ramai pelanggan ke gerai Suria FM untuk membeli air minuman perisa strawberi, laici, kiwi dan mangga.Sebelum ini, Erra dan bekas rakan kongsinya pernah menjalankan usaha sama dengannya menghasilkan produk kecantikan dan penjagaan kulit di bawah jenama 'Ferra Kosmo Look'.
Menurut Erra, walaupun telah lebih setahun menarik diri daripada usaha sama tersebut, namanya masih lagi dipergunakan syarikat terbabit.
Difahamkan Erra telah mengemukakan surat permohonan untuk menarik diri daripada kolaborasi tersebut namun hingga ke hari ini Erra masih belum mendapat hitam putih mengenai status permohonannya.
Ketua Pegawai Operasi Suria FM itu, Engku Emran turut turun padang menjual minuman kepada para pelanggan Juz Jumbo Suria FM.Dan produk itu juga masih dijual dan nama jenama tersebut tidak ditukar dan masih lagi menggunakan Ferra Kosmo Look. Erra dilaporkan bengang apabila pelanggan produk tersebut sering merujuk kepadanya apabila pihak terbabit membuat masalah.
Justeru, Erra bercadang untuk melantik seorang peguam untuk menyiasat perkara ini sama ada pihak terbabit sengaja mahu menjejaskan reputasinya.
Kata Erra, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Sementara itu, Erra ketika ditanya mengenai sambutan Hari Raya tahun ini berkata, familinya akan pulang ke Pulau Pinang sebelum Hari Raya untuk melawat ibu kepada nenek suaminya, Engku Emran.
"Selepas itu, kami akan menyambut Hari Raya Pertama di Kuala Terengganu, keluarga nenek Emran. Orang kata kesesakan jalan raya mungkin memakan masa selama lapan jam.
"Biar saya rasakannya tahun ini, jika jalan sesak teruk, kami akan terbang ke sana pula tahun depan, Insya-Allah. Hari ketiga, baru kami akan pulang berhari raya di rumah ibu saya di Rawang," katanya.
Ditanya mengenai persiapan untuk anak tersayangnya, Engku Aleesya, Erra berkata, dia tidak perlu membeli banyak pakaian untuk Aleesya kerana masih terdapat banyak baju bayi yang diberikan sanak-saudara dan kawan-kawan.
Selain air minuman Juz Jumbo Suria FM, Umie, Chef Zam (tengah) dan Erra juga menjual kuih-muih.Apa yang pasti, hari lebaran tahun ini sangat bermakna kepada pasangan Erra-Emran dengan kehadiran puteri tersayang mereka.
"Aleesya sudah tahu ketawa kuat, 'baby talk' dan memusingkan badannya" ...semua ini menggambarkan betapa berbezanya makna Syawal tahun ini kepada Erra dan suami dengan kehadiran Aleesya.
Semalam, di Kampung Baru, Erra dan pelakon Umie Aida menjayakan acara 'Istimewa Bersama Erra Fazira dan Umie Aida D' Gerai Juz Jumbo Suria FM dari 5.30p.m. hingga 6.30p.m.
Kehadiran dua selebriti tersebut telah memecahkan rekod jualan minuman empat jenis perisa strawberi, laici, kiwi dan mangga.
Menurut Engku Emran yang turut hadir menjayakan acara tersebut, sebanyak 350 cawan dijual dalam tempoh sejam kehadiran isteri dan Umie tersebut.
"Orang ramai memberikan sambutan yang sangat menggalakkan hari ini sampai cawan dan air habis dijual," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: