Wednesday, September 2, 2009

Dengarnya...: Artis merajuk tidak dilayan wartawan?


CIK Normah memang tak kuasa sangat dengan seorang artis lelaki ini kerana sikapnya yang 'kaki sentap' atau cepat merajuk. Memang dari dulu lagi Cik Normah kurang berkenan sangat dengan perangainya, tapi Cik Normah tengok dia semakin hari semakin 'kuat sentap'. Agaknya faktor umur mempengaruhi kot!

Bukan saja Cik Normah yang rimas dan lemas dengan sikapnya. Kalau tak silap, kawan-kawan artis lelaki itu sendiri pun muak dengan perangainya yang tak sudah-sudah nak terasa dan berkecil hati.

Baru-baru ini, teman Cik Normah menghadiri majlis berbuka puasa yang dihadiri ramai selebriti. Artis yang ‘kuat sentap’ ini pun turut sama hadir memeriahkan majlis berkenaan. Mana-mana teman yang mengenali si artis ini tak lupa menegurnya. Tapi sekadar teguran biasa saja. Selepas itu masing-masing pun buat hal sendiri.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu muncul seorang pelakon yang sedang meningkat. Kebanyakan teman Cik Normah yang mengenali pelakon itu pun mengambil kesempatan menyapanya. Perbualan berlangsung agak lama juga maklumlah masing-masing nak tahu perkembangan terkini pelakon itu. Tiba-tiba tak ada angin, tak ada taufan, si artis yang ‘kuat sentap’ ini menyelit dan menyindir.

Katanya kepada teman-teman Cik Normah, mentang-mentang bertemu dengan orang popular, dirinya dipinggirkan. Cik Normah tak tahu apa motifnya berkata begitu, mungkin dia sudah terasa dirinya yang suam-suam kuku agaknya.

Nasib baik Cik Normah tak ada di situ, jika tidak memang Cik Normah ‘basuh’ dia cukup-cukup. Kalau sudah sedar tak popular duduk senyap-senyap sajalah, jangan nak kecil hati tak tentu pasal.

Macam manalah orang tak menyampah dengan perangai dia. Nak merajuk atau kecil hati tak tentu fasal. Selepas itu tak boleh ditegur. Begitulah sikap si artis ini. Cik Normah tahulah kenapa dia semakin tak popular kerana sikapnya itu mungkin menyebabkan orang tak kuasa nak melayannya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: