
KUALA LUMPUR - Polis menemui semula 12 buah kereta Perodua Kancil yang dicuri oleh ketua Geng Shashi selepas dia ditahan di Jalan Dutamas di Segambut dekat sini pada 10 September lalu.
Jurucakap polis berkata, kesemua 12 kereta itu ditemui secara berperingkat selepas siasatan dilakukan ke atas suspek dari tarikh dia ditahan.
Kata beliau, kesemua kereta tersebut ditemui di kawasan Setapak (2), Wangsa Maju (3), Jalan Genting Klang (2), Desa Jaya (1), Damansara Damai (2) dan Kepong (1).
"Kesemua kereta itu ditemui diletakkan di tepi-tepi jalan, tempat letak kereta di pangsapuri atau apartmen," kata beliau ketika dihubungi semalam.
Jurucakap polis itu memberitahu, kesemua kereta yang ditemui semula itu ada di antaranya telah hilang rim sport, alat audio dan kerusi kereta.
"Kesemua komponen itu telah dijual kepada pelanggan kecuali enjin kereta tersebut yang tidak diusik," katanya di sini semalam.
Jumaat lalu, Kosmo! melaporkan, seorang lelaki yang merupakan ketua Geng Shashi ditahan lagi bersama sebuah kereta Perodua Kancil curi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: