Wednesday, February 11, 2009

SOSEH SOSEH: Suami sesat, isteri curang!

 

image DARIPADA luarannya, pasangan suami isteri ini kelihatan sangat bahagia dan mereka bersama-sama masuk program realiti. Bagaimanapun, di sebalik keindahan warna pelangi itu, SS dengar, si isteri dikatakan tak tahan dengan sikap suami yang juga penyanyi itu kerana masih kuat mengamalkan ajaran sesat yang sudah diharamkan.

SS faham sebagai isteri bukan senang hendak menasihati suami yang terkenal dengan egonya. Silap gaya berbirat muka isteri kena 'swing' dengan belakang tapak tangan suami.
Agaknya disebabkan itu,si isteri mencari jalan tengah dengan menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki lain. Bukan dengan orang lain pun tetapi dengan rakan sekerja.


Apa yang SS tahu, lelaki itu masih bujang dan segak orangnya. Hubungan intim isteri artis itu dengan rakan sepejabatnya sudah ramai yang tahu. Tetapi siapalah pula mereka hendak menasihati isteri artis itu?

image


Mungkin kerana artis itu masih mengamalkan ajaran sesat menyebabkan ada perlakuannya yang tidak menyenangkan hati si isteri.  


Tahu sajalah, kalau dah namanya ajaran sesat, mereka turut mengamalkan cara hidup yang memang menyesatkan dan terpesong daripada ajaran Islam.Kalau orang lain makan nasi guna pinggan, siapa tahu pengamal ajaran sesat ini pula makan nasi dalam cawan? Bingunglah isteri jadinya.


SS pernah juga sesat tetapi sesat dalam hutan aje. Itupun tak lama, SSdah jumpa jalan balik. Tetapi bagi SS, jika isteri artis itu mencari jantan lain untuk menghiburkan hatinya, SS rasa ia hanya menambahkan masalah yang ada.


Sebabnya, nak kahwin tak boleh sebab diamasih isteri orang. Tidak tahulah SS kalau mereka menjalin hubungan tidak sah. Hiss, malaslah SS hendak membayangkannya. Meremang bulu romaSS. Tapi itu dikira sesat juga dan sama-sama sesat dan berdosa besar. Inilah dunia akhir zaman namanya.


SS juga tak berani hendak membayangkan apa akan jadi jika artis itu dapat tahu kecurangan isterinya. Mahu meletus perang dunia ketiga!.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: