Sunday, February 8, 2009

Rock punca Mas tertekan


MAS bersama Ghani dan ibunya, Ayuma Watson dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur tidak lama dulu.



OTHMAN



ROCK


KUALA LUMPUR - "Saya tak mahu jumpa Rock."
Demikian tegas bapa kepada bekas pelajar AF, Asma Ghani atau Mas, Ghani Gibie, 69, yang enggan bersemuka dengan kekasih anaknya, Rock atau nama sebenarnya, Shahrul Mohd. Shahril di sini semalam.

Kenyataan itu disampaikan melalui Pegawai Perhubungan Awam Maestro, Othman Mahmood kerana Ghani mendakwa Rock menjadi punca utama artis berkenaan mendapat tekanan perasaan.

"Buat masa ini, bapa Mas (Ghani) tidak mahu buat sebarang kenyataan kepada media. Mungkin dalam minggu depan, barulah dia akan memberi kenyataan bersama Mas.

"Apa yang penting, dia tidak mahu Rock berjumpa dengan anaknya," kata Othman di pekarangan Wad Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.

Sebelum itu, pihak Maestro membawa Ghani dari Tawau, Sabah dan tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah pada pukul 1.30 tengah hari semalam sebelum ke Wad Psikiatri HKL pada pukul 3.15 petang.

Tambahnya, Mas juga telah memberitahu Ghani tentang apa yang berlaku kepadanya sehingga menyebabkan keadaannya menjadi sedemikian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: