|
|
KUALA LUMPUR - Pelakon remaja, Diana Danielle, yang selama ini dikaitkan dengan lelaki kaya dan berimej mewah rela memilih lelaki biasa sebagai pasangan hidupnya.
"Saya tidak kisah kalau lelaki itu dari kalangan orang biasa, bukannya orang kaya atau VIP.
"Asalkan dia mampu menjanjikan bahagia buat saya. Bahagia datang kerana kita bahagia, bukan kerana limpahan wang ringgit," katanya dalam satu pertemuan dengan Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Diana, 18, sebelum ini dikaitkan bercinta dengan Syamsul, 25, yang merupakan anak jutawan filem, Datuk Yusof Haslam.
Bagaimanapun perhubungan mereka memanaskan suhu industri hiburan negara baru-baru ini apabila Syamsul didakwa mengasari Diana, Disember lalu.
Diana yang berdarah Melayu-Inggeris juga pernah dikaitkan dengan lelaki-lelaki kaya khususnya selepas beliau dilihat menggunakan kenderaan mewah BMW X5 berharga RM250,000, November lalu.
Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menjelaskan bahawa kenderaan terpakai itu dibeli sendiri secara pinjaman bank.
Sehubungan itu bekas pelajar Sekolah Antarabangsa Sayfol, Kuala Lumpur ini mahu menguburkan sahaja dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan godaan kelompok VIP.
"Tidak ramai sedar bahawa Diana juga merupakan seorang model komersial. Dia sudah menjadi model untuk pelbagai jenama dan produk tempatan dan antarabangsa.
"Maka, duitnya datang dari situ dan segala yang dimilikinya bukan tajaan orang," celah ibunya yang juga bekas model 80-an, Norsiah Ramli, mempertahankan anaknya.
Bagi Diana yang sering dicanang sebagai pelapis Sofea Jane dan Erra Fazira, kemewahan bukan faktor yang ingin dicarinya.
aku xbape nk cya la ckp ppuan ni...
ReplyDelete