Monday, January 26, 2009

Garner perlukan dua minggu saja untuk buang lemak bersalin

Tarian ballet banyak membantu pelakon berbangsa Amerika ini untuk lebih berdisplin.

HANYA dua minggu sahaja yang diperlukan oleh pelakon Jennifer Garner untuk kembali ke bentuk asal. Pelakon popular itu baru dua minggu melahirkan anak keduanya.

Dan dia kelihatan seperti sediakala baru-baru ini di Santa Monica, California.

Anak perempuan yang diberi nama 'Seraphina' itu lahir pada 3 Januari tahun ini. Ini adalah anak kedua pasangan Garner-Affleck. Anak sulung mereka adalah Violet, kini berusia 3 tahun.

Garner berkata tidak mudah sebenarnya untuk mendapatkan bentuk asal badannya.

"Ianya nampak mudah tapi tidak semudah itu," jelas pelakon ternama ini yang pernah mendapat didikan tarian ballet.

Tarian ballet banyak membantu pelakon berbangsa Amerika ini untuk lebih berdisplin. Tidak hairanlah walaupun dia mengeluh susah untuk kuruskan badan, akhirnya dia berjaya juga mendapat badan yang langsing seperti dulu.

Pasangan bahagia Garner-Affleck yang bahagia dengan dua anak perempuan mereka.

Nasib cukup baik bagi garner kerana walaupun tidak berlakon dalam banyak filem yang hebat namanya tersenarai dalam pelakon Grade A.

Setelah berlakon dalam watak pelajar dan CIA ejen di rancangan 'Alias' pada tahun 2010, namanya terus melonjak dan memenangi Anugerah Golden Globe.

Garner kemudiannya menerima tawaran berlakon di samping Affleck dalam filem 'Daredevil' dan terus mendapat peluang dalam filem romantik komedi '13 Going on 30.'

Perkahwinannya dengan Affleck pada tahun 2005 membuat namanya sedikit suram. Beliau kini cukup gembira dengan keluarga yang bahagia dan dua anak perempuannya yang comel.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: