SETELAH tiga tahun tidak tampil dengan filem terbaharu, pengarah popular, Ahmad Idham kembali dengan naskhah Mat Moto Otai. Sebuah karya yang tercetus daripada pemerhatian terhadap krisis golongan pertengahan umur yang berada dalam dilema apabila berdepan masalah anak.
Meskipun ia hanya cerita ringan, namun filem yang skripnya ditulis oleh Subroto Katimin ini banyak menyampaikan mesej dan pengajaran berguna untuk penonton.
Biarpun jalan ceritanya masih menampilkan tentang motosikal, namun filem ini ada kelainannya tersendiri. Jika kebanyakan filem lain mengetengahkan kisah remaja dan motor yang begitu sinonim dengan aktiviti rempit, Mat Moto Otai pula sebaliknya.
Penonton dihidangkan dengan kisah golongan pertengahan umur yang kembali berjinak-jinak dengan dunia motor sebagai aktiviti masa lapang mereka. Pada masa sama, ia juga menjadi medium mereka untuk berjumpa dan membincangkan permasalahan harian yang dihadapi.
Aksi menunggang motor dan perlumbaan yang diadakan dalam beberapa babak filem ini tetap menarik meskipun penunggang-penunggangnya terdiri daripada golongan pertengahan umur. Gandingan Datuk Eizlan Yusof, Opie Zami, Cat Farish dan Ahmad Idham sendiri sebagai hero, ternyata begitu serasi dan berjaya memenuhi peranan watak masing-masing.
Mungkin ada terkejut melihat lakonan Datuk Eizlan yang sebelum ini kerap tampil dengan watak-watak yang serius, tetapi tampil sebaliknya dalam filem ini.
Secara keseluruhannya, filem terbitan Aifa Motion Pictures ini cukup menghiburkan dan sesuai ditonton seisi keluarga. Malah ia juga merupakan sebuah filem yang harus ditonton oleh peminat-peminat motor dari pelbagai lapisan umur.
Kisah Mat Moto Otai bermula apabila empat lelaki pertengahan umur iaitu Iskandar (Ahmad Idham), Sulaiman (Eizlan Yusof), Amir (Opie Zami) dan Macha (Cat Farish) mula berkenalan di balai polis ketika mahu menjamin anak masing-masing yang direman semalaman kerana merempit.
Sejak pertemuan itu, mereka menjadi rapat dan saling berkongsi pandangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak masing-masing. Persahabatan mereka semakin kukuh apabila menyedari masing-masing menggemari motosikal vintaj yang menjadi kegilaan pada zaman muda dahulu.
Di sebalik mencari jalan penyelesaian masalah anak, mereka banyak menghabiskan masa menunggang motor bersama bagi mengembalikan nostalgia bersama motosikal masing-masing.
Aktiviti itu seakan-akan memberi semangat baru kepada mereka yang menemui nikmat kehidupan selepas berdepan krisis pertengahan umur.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: