PELAWAK dan penyampai radio, Johan berjaya merangkul gelaran juara Super Spontan Superstar yang diadakan di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
Johan mengenepikan saingan utama iaitu Abam sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.‎
Sebelum ini, Johan pernah muncul sebagai juara Super Spontan 2014.‎
Tempat kedua pula dimenangi oleh Abam dan berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000 manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Achey sekali gus melayakkannya memenangi hadiah wang tunai bernilai RM20,000.
Fad, Ozlynn dan Tauke terpaksa berpuas hati di tempat keempat, kelima dan keenam sekali gus menerima wang tunai RM5,000.
Hadiah disampaikan oleh Ketua Saluran Astro Warna, Emarina Mohd Kamal Gelanggang akhir Super Spontan Superstar menyaksikan peserta berentap secara individu dan bukan berkumpulan seperti minggu-minggu sebelum ini.‎
Pertandingan yang berlangsung selama 10 minggu itu menyaksikan AC Mizal sebagai pengacara sementara Afdlin Shauki dan Datuk Hans Isaac beraksi sebagai pengulas bersama.
Selain itu, barisan artis popular seperti Ayda Jebat, Zizan Razak, Tomok, Black dan Khalifah turut hadir memeriahkan acara.