JENGKA - Seorang bekas tentera berpangkat sarjan tidak menyangka tindakannya memelihara sepasang kuda yang dijadikan tunggangan ketika menjaga kawanan lembu membuka peluang perniagaan kepadanya.
Anak peneroka Felda Jengka 14, Z Ahmad Rosli Mohamad, 46, lebih dikenali sebagai Zack berkata, sebelum berjinak-jinak dalam bidang penternakan, dia terlebih dahulu memulakan perniagaan kanopi.
Menurutnya, dia menceburi bidang perniagaan itu sebaik sahaja tamat perkhidmatan selama 21 tahun sebagai askar di Kem Gemas, Negeri sembilan.
"Masa mula-mula menceburi bidang penternakan saya pelihara lebih lebih 30 ekor lembu dan ketika itu, saya mula sedar menjaga kuda lebih mudah serta rendah risiko berbanding lembu yang perlukan banyak perhatian.
“Apabila kuda saya membiak, dah ada orang tempah untuk buat baka atau pasangan kepada kuda mereka. Ketika itu, saya mula merasakan yang penternakan kuda beri pulangan lumayan.
"Sehingga kini, sudah beberapa ekor kuda saya terjual dan buat masa ini masih ada enam ekor kuda dalam jagaan saya. Seekor daripadanya sudah pun ditempah pembeli. Induk betina juga sedang bunting,” katanya.
Zack berkata, kuda padi ialah sejenis haiwan yang kurang agresif. Makanannya juga mudah diperoleh seperti lobak merah, epal dan rumput selain diberikan dedak.
“Dari segi harga, kuda lebih tinggi iaitu RM4,500 seekor bagi kuda berusia dua tahun ke atas manakala anak kuda bawah dua tahun berharga RM2,000. Harga lembu jantan pula sekitar RM3,000 sahaja.
“Insya-ALLAH jika tiada aral melintang saya mahu mengembangkan penternakan kuda ini memandangkan ladang seluas 5.6 hektar ini sesuai untuk kedua-dua ternakan,” katanya.
Sejak memelihara kuda, Zack juga tidak menafikan ladangnya yang terletak betul-betul di tepi jalan besar Temerloh-Jerantut menjadi daya tarikan penduduk setempat.
“Mungkin sebab saya sahaja yang bela kuda, jadi ia unik di pandangan budak-budak dan remaja.
"Lagi pun, warga peneroka ini biasanya memelihara lembu, kambing atau ayam. Kuda, memang jarang ditemui,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: