Wak Sastro (tengah) bersama keluarganya ketika memotong kek sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 100.
PASIR GUDANG - Meskipun sudah menjangkau usia 100 tahun, lelaki kelahiran Jawa Tengah, Indonesia Sastro Tonoh dari Kampung Baru, Masai dekat sini masih lagi mampu bertutur lancar malah mesra melayani kunjungan tetamu ke rumahnya.
Lebih mesra disapa Wak Sastro, memberitahu dia juga tidak menghidap sebarang penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan masalah kesihatan lain yang sering melanda warga emas atau golongan berumur sepertinya.
Wak Sastro yang ditemui di kediamannya ketika majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-100, baru-baru ini dilihat begitu bertenaga kerana masih mampu untuk berdiri serta petah berbicara bersama setiap tetamu yang memeriahkan majlis berkenaan.
Satu rahsia yang dikongsi Wak Sastro kekal sihat ialah tidak mengamalkan pengambilan gula dalam makanan selain mengutamakan sayuran dan ulaman.
“Setiap kali makan, saya hanya mengamalkan pengambilan sayur-sayuran, sedikit lauk untuk tenaga dan minuman panas seperti teh kosong tidak bergula.
“Malah, saya juga kurang mengambil makanan yang telah diproses sebagai contoh kicap. Minyak kelapa pun saya hasilkan sendiri tanpa sebarang campuran. Semuanya diyakini asli,” katanya.
Selain amalan pemakanan, gaya hidup yang serba cergas juga menjadi faktor utama dia masih mampu bergerak dan menunaikan ibadah seperti sedia kala.
“Saya selalu kerja keras, memang dari usia muda, jika saya tiada kerja saya akan berkebun. Tidak kira apa sahaja tugas saya tetap lakukan kerana untuk memastikan badan saya tidak terperap dan lembik.
“Tetapi, maklumlah walau macam mana kuat sekali pun, usia saya dah terlalu lanjut, sakit-sakit sikit, penglihatan kabur sudah menjadi penghalang kepada sebahagian gaya hidup saya sekarang,” katanya.
Mengimbau kembali sejarah penghijrahannya ke Malaysia, Wak Sastro menjejakkan kakinya ke sini hasil bantuan tentera Jepun yang ketika itu datang untuk mengkaji peradaban masyarakat Melayu di sini.
“Saya ketika itu berusia 27 tahun dan datang ke mari dengan menaiki kapal laut bersama Jepun, ketika itu saya hanya terfikir untuk bekerja dan membina kehidupan baharu di sini.
“Pelbagai kerjaya telah saya lakukan pada awal kedatangan saya ke Malaysia, saya pernah menjadi petani, buruh binaan malah mencari kayu untuk membina beberapa masjid lama yang ada di sekitar kawasan ini,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, keluarganya kini sudah memasuki keturunan keempat malah melahirkan rasa gembira kerana masih berkesempatan melihat cuci cicitnya membesar.
“Hasil perkahwinan pertama, saya mempunyai seorang anak dan perkahwinan kedua pula saya dikurniakan tiga anak tiri. Sehingga kini saya sudah mempunyai 18 cucu, 28 cicit dan 14 piut. Sekarang cuma anak tiri saya, Jaiman berusia 78 masih hidup manakala anak saya yang lain semuanya sudah meninggal dunia,” katanya.
Sementara itu, cucu menantu sulungnya, Abu Bakar Abd Rahim, 49, memberitahu datuknya ketika berusia 80an masih kuat sering menghabiskan masa di kebun dan mengambil upah menggali parit di kampungnya.
“Datuk memang seorang yang kuat bekerja, ketika berusia 80an beliau masih lagi mampu berjalan satu kampung malah turut melakukan kerja-kerja pembinaan.
“Meskipun sekarang dia banyak menghabiskan masa di rumah, dia juga masih rajin bersenam, berjalan atau bermain bersama cucu-cicitnya.
“Ia sememangnya sesuatu yang luar biasa kepada diri saya, tatkala kebanyakan masyarakat kini sudah menghidap pelbagai penyakit di usia yang muda, beliau masih lagi kuat malah tidak pernah merungut sakit atau sebagainya,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: