Mas Imran (kiri) bangga semangat kental yang dimiliki Mariyana.
SEORANG wanita orang kurang upaya (OKU) tidak pernah memandang kekurangan diri alasan untuk hidup terpinggir daripada masyarakat, sebaliknya memiliki semangat kental untuk turut bersaing seperti wanita normal lain.
Dilahirkan sebagai insan istimewa sedikit sebanyak membuatkan dia berasa rendah diri, namun kata-kata azimat ibu yang bimbang anak kesembilan daripada 10 beradik itu tidak mampu berdikari, membangkitkan semangat luar biasa dalam dirinya.
Mariyana Wahed, 29, berkata, selepas tamat tingkatan lima dia lebih banyak berkurung di dalam rumah kerana tidak yakin untuk berada dalam kelompok masyarakat.
“Saya malu dengan keadaan saya yang tidak normal seperti ini dan sering berfikir sendiri ada ke orang yang ingin mengambil saya bekerja?
“Alhamdulillah selepas emak menangis kerana bimbang siapa yang akan menjaga saya apabila dia sudah tiada lagi di dunia ini benar-benar menyedarkan saya untuk yakin dengan kebolehan diri sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Cari kerja tapi disuruh pulang
Mengimbau kenangan ketika mula mencari pekerjaan lapan tahun lalu, dia memberanikan diri untuk memohon jawatan sebagai operator kilang.
"Tapi sebaik melihat secara jelas keadaan fizikal saya yang cacat mereka menyuruh saya pulang.
“Dalam keadaan kecewa saya berjalan kaki terenjut-enjut ke sebuah pasaraya dengan harapan mencari pekerjaan. Jauhnya kira-kira empat kilometer dan Alhamdulillah, rezeki menyebelahi saya," katanya.
Menurutnya, dia diterima bekerja sebagai pembantu jualan di Pasaraya Econsave Taman Desa Cemerlang, Johor Bahru dan setia mencari rezeki di situ hingga kini diamanahkan sebagai penyelia sejak enam tahun lalu.
Peluang pekerjaan yang dibentangkan Pasaraya Econsave untuk golongan istimewa sepertinya tidak mampu dibalas dengan wang ringgit, sebaliknya dimanfaatkan dan ditanamkan tekad untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh.
Jika diamati, insan istimewa ini punyai semangat dan kekuatan luar biasa kerana dalam keadaan kecacatan fizikal yang dialaminya, dia boleh berulang-alik ke tempat kerja pada awalnya dengan menunggang motosikal.
Motor kena curi
Semangatnya untuk hidup berdikari tanpa terlalu bergantung kepada kedua ibu bapa dan adik-beradik begitu kental.
“Pada mulanya saya berulang-alik ke tempat kerja dari rumah di Sungai Tiram ke Taman Desa Cemerlang dengan menunggang motosikal, tapi malangnya motosikal saya hilang dicuri ketika di tinggalkan di ruang parkir pasaraya.
“Besar hikmahnya apabila selepas itu saya berpeluang memiliki kereta jenis Perodua Viva hasil titik peluh sendiri untuk kemudahan berulang-alik ke tempat kerja,” katanya.
Katanya, walaupun keadaannya kini perlu bergantung kepada kerusi roda selepas menjalani pembedahan pada bahagian kakinya, namun semuanya diuruskan sendiri termasuk menyara kedua ibu bapanya yang telah uzur.
“Saya sekarang dah tak boleh berjalan dan perlu berkerusi roda, tapi semuanya saya lakukan sendiri termasuk berulang-alik ke tempat kerja.
“Saya bersyukur walaupun terpaksa memberi arahan kepada pekerja lain yang normal, namun mereka boleh memberi kerjasama dengan baik,” katanya.
Mariyana mengalami kecacatan anggota badan sejak dilahirkan apabila jari-jarinya tidak sempurna begitu juga keadaan kedua belah kakinya membengkok ke dalam.
“Saya tak pernah tanya emak kenapa dilahirkan begini, tapi saya selalu dengar emak bercerita kepada jiran bahawa saya terkenan kerana dia terkejut teringatkan saya dalam kandungan ketika mengetuk dan memotong ketam untuk dimasak.
“Sebaik saya dilahirkan kedua belah kaki saya membengkok ke dalam macam ketam dan jari-jarinya pula 'tertanggal'.
“Doktor cuba menyambung jari-jari saya, tapi tidak berjaya. Saya reda dan tetap bersyukur kerana boleh berjaya seperti orang lain dan memiliki rakan-rakan yang banyak membantu,” katanya.
OKU dilihat lebih hargai kerja
Sementara itu, Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam berkata, Mariyana dikenali sebagai seorang pekerja yang bersemangat tinggi walaupun keadaan fizikalnya yang tidak sempurna.
Menurutnya, contoh terbaik yang ditunjukkan Mariyana membuatkan pengurusan Pasaraya Econsave tertarik untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan OKU.
“Kita mempunyai lebih 50 pekerja OKU di semua cawangan Pasaraya Econsave di Johor sehingga diiktiraf sebagai penerima Anugerah Majikan Prihatin OKU Peringkat Negeri Johor pada 2014.
“Kita tidak pernah berasa terbeban mengambil mereka (OKU) bekerja kerana golongan istimewa ini dilihat lebih menghargai pekerjaan dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.
“Saya menyeru jika ada golongan OKU yang ingin mencari kerja boleh memohon di mana-mana Pasaraya Econsave terdekat kerana kita membuka peluang sama rata kepada insan istimewa ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: