Monday, August 1, 2016

Penerjun Lakukan Aksi Tanpa Payung Terjun




Luke Aikins. 
LOS ANGELES: Seorang penerjun udara pada Sabtu menjadi yang pertama membuat terjunan udara pada ketinggian 25,000 kaki (7,620 meter) tanpa payung terjun, dengan mendarat di atas jaring di selatan California, kata seorang jurucakap.
Luke Aikins, 42, dengan pencapaian sebanyak 18,000 terjunan menyempurnakan terjunan itu di Lembah Simi, dengan mendarat di atas jaring berukuran 100 kaki x 100 kaki (30 meter x 30 meter), yang disiarkan di saluran Fox.
Luke Aikins mendarat dengan selamat selepas membuat terjunan udara dari ketinggian 25,000 kaki. 
"Terjunan Aikins menyaksikan kemuncak kerjayanya selama 26 tahun yang mencatatkan rekod peribadi dan dunia sebagai terjunan tertinggi tanpa payung terjun atau sut sayap," kata jurucakapnya, Justin Aclin menerusi satu emel.
"Saya berbohong kalau saya katakan tidak gementar," kata Aikins kepada seorang penemuramah di siaran Fox, sebelum menaiki pesawat untuk melakukan terjunan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: